Petikan dari buku ‘Cinta IPT: Perkara yang Perlu Anda Ketahui…’ oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat.
Orang yang dicintai Allah s.w.t :
© Al-muttaqun (bertakwa).
© Al-muhsinun (suka buat baik).
© Al-mutathahhirun (suka bersuci).
© Al-mutawakkilun (bertawakal).
© Attawabun (bertaubat).
© Shabirun (bersabar).
© Orang yang berjihad bersungguh-sungguh di jalan Allah.
© Orang yang berkasih sayang, lembut kepada orang Mukmin.
© Orang yang tidak takut dicela manusia kerana beramal dengan sunnah.
© Orang yang menampakkan izzah (kehormatan diri) kaum Muslimin di hadapan orang-orang kafir.
© Orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seakan-akan mereka satu bangunan kukuh.
© Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah selesai ibadah wajib.
Cara mendapat cinta Allah s.w.t :
© Qiamullail.
© Rasa hina dan rendah hati di hadapan Allah.
© Selalu ingat Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.
© Berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat.
© Membaca al-Quran dengan memikirkan dan memahami maknanya.
© Menjauhi atau menghilangkan hal-hal yang menghalang diri mengingati Allah.
© Duduk dengan orang-orang yang cinta pada Allah, dengar dan ambil nasihat mereka serta bicara dengan baik.
© Memahami dan mendalami dengan hati tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah; melihat nikmat dan kebaikan-Nya.
Mencintai Rasulullah SAW :
© Berselawat.
© Menyebarkan Islam.
© Mempertahankan nama baik baginda.
© Mengamalkan sunnah dan cuba menghafal hadis.
© Mengikut perintah dan meninggalkan larangan baginda.
© Mengamalkan ajaran Islam (al-Quran & sunnah).