7 Benda

Petikan dari buku ‘Nama Beta Sultan Alauddin’ karya Faisal Tehrani. 

*Permintaan Tuk Guru Nuh Ha Mim, “datangkan kepada kita tujuh jenis benda yang bukan berharga sangat, ia bermula ejanya dengan huruf sin (huruf jawi)”.

  1. Duduknya di bawah punggung kita.
  2. Sebuah rumah kecil, tidak berpenghuni lagi, tidak ada kekayaan lagi di rumah itu.
  3. Hanyalah mengisi air mengalir dari hujung jari kita, tidak punya erti apa-apa lagi.
  4. Tidak cukup ia menjadi satu, tidak laku ia di pasar Melaka.
  5. Sesuatu yang jika tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad jika ada berertilah sedikit kepalanya.
  6. Benda yang ada lok pun tidak berguna.
  7. Benda yang tiada harga pada Sultan Mansur Syah. Sudah kelabu, jika di akhirat lebih celaka jika tidak dapat melepasinya.

 

Jawapan dan hikmahnya:

1.Safra                – tempat alas duduk.

– dunia ini begitulah, tidak lebih dari alas duduk. Kita buat alas sekejap saja pada punggung kita.

2.Sambang          – sarang lebah yang kosong.

– ibarat bagi dunia, madu kekayaannya untuk orang lain. Habis juga nanti, yang tinggal dunia yang kosong.

3.Sangku – tempat menadah kotoran di tangan atau sisa makanan.

– taraf dunia, tidak punya sebarang kelebihan.

4.Sekepeng         – mata wang.

– tidak laku di pasar Melaka, begitu juga di sisi Tuhan selain iman dan amal.

5.Selisik              – sikat untuk menanggalkan kutu.

– kebendaan yang dicari manusia dan kemasyuran hanyalah kutu yang perlu dibuang dengan selisik.

6.Sepukal            – keris yang sudah haus matanya.

– kehebatan manusia itu sementara.

7.Surai                – rambut

– marilah bertakwa kerana itu saja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s