Mutiara Kata Sasterawan Negara

Petikan dari buku ‘Mutiara Kata Sasterawan Negara’ diselenggara oleh Halilah Haji Khalid. 

Keris Mas

  • Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan; hilang atau terbilang.

 

Shahnon Ahmad

  • Kota tidak akan ada kalau pedalaman tidak ada. Orang kota akan mati kalau tak ada pak tani, nelayan, buruh-buruh di kampung.

 

Usman Awang

  • Maruah suatu bangsa adalah kemerdekaannya, kekuatan suatu bangsa adalah rakyatnya, suara-bicara suatu bangsa adalah pemimpinnya, keperibadian suatu bangsa adalah kebudayaannya.

 

A. Samad Said

  • Jangan dilihat apa yang tiada; lihatlah apa yang masih ada.

 

Arena Wati

  • “Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut. Ertinya, berfikir sepuluh kali, berbuat sepuluh kali tapi bercakap sekali saja”.

 

Muhammad Haji Salleh

  • Sastera lebih hidup dari kehidupan, gagasan lebih tahan dari kenyataan.

 

Noordin Hassan

  • …Kalau Tuhan mahu orang perempuan berkuasa atas orang lelaki, barangkali Hawa telah dijadikan daripada kepala orang lelaki; kalau perempuan nak dijadikan hamba orang lelaki, Hawa tentu dijadikan daripada telapak kaki orang lelaki. Ini daripada rusuk. Bermakna orang perempuan sedampingan dengan orang lelaki. Bukan tuan, bukan hamba tetapi rakan. Dan tak berbeza di mata Tuhan.

 

Abdullah Hussain

  • Bangsa yang tidak berbudaya dan bersusila ialah bangsa yang tidak ada tamadun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s