Pantun Nasihat

Kain biru kain merah;

            Senyum selalu jangan marah.

 

Baju kebaya baju kurung;

            Selalu ceria jangan murung.

 

Tudung bawal tudung labuh;

            Bangun awal solat subuh.

 

Kasut lama kasut sukan,

            Baca doa sebelum makan.

 

Rumah batu rumah papan;

            Ramah selalu marah jangan.

 

Pucuk paku pucuk ubi;

            Baik selalu semai budi.

 

Makan pengat sedap selalu;

            Kalau penat rehat dahulu.

 

Rumput-rampai ada duri;

            Pandai-pandai bawa diri.

 

Pergi Pekan Batu Pahat;

            Jaga makan badan sihat.

 

Disusun pada 6 Julai 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s