Siapakah Kita?

Orang yang sombong?

v     Diberi penghidupan tapi enggan sujud pada yang menjadikan kehidupan itu yakni Allah Rabbul ‘Alaamin (Tuhan sekelian alam).

Orang yang hatinya telah mati?

v     Diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun tidak terkesan di hati untuk bertaubat.

Orang yang otaknya dungu?

v     Tidak mahu beribadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dan berasa tenang dengan kemaksiatannya.

Orang yang kuat?

v     Dapat menahan kemarahan ketika dalam kemarahan.

Orang yang lemah?

v     Melihat kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian dalam hatinya akan kemaksiatan itu.

Orang yang bakhil?

v     Berat lidah untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Orang yang buta?

v     Tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Orang yang tuli?

v     Diberi nasihat dan pengajaran yang baik tapi tidak mengendahkannya.

Orang yang sibuk?

v     Tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah memiliki kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Orang yang manis senyumannya?

v     Ditimpa musibah lalu dia berkata, “inna lillahi wainna ilaihi rajiuun,” dan “ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini,” sambil tersenyum.

Orang yang menangis air mata mutiara?

v     Bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu menangis.

Orang yang kaya?

v     Bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan nikmat dunia.

Orang yang miskin?

v     Tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa ingin menambah kekayaannya.

Orang yang pandai?

v     Bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini sementara manakala akhirat kekal abadi.

Orang yang bodoh?

v     Beria-ria berusaha sekuat tenaga untuk dunianya dan mengabaikan akhiratnya.

Orang yang maju dalam hidupnya?

v     Sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s