Merdekakan Jiwaku

Telah berlalu zaman Portugis.

Telah pergi zaman Inggeris.

Telah tamat zaman Jepun bengis.

Telah selesai zaman komunis.

Kisah lalu kemenangan dulu.

Cerita kini pertahankan pertiwi.

Lima puluh dua

dihitung jari tidak terkira

pada kerdipan mata sekejap cuma.

Ku tanya diri

di mana letaknya aku di bumi bertuah ini?

Ditatang nikmat bagai laut tak bertepi.

Apa yang aku perjuangkan?

Tiada senjata di tangan

tiada kata-kata lantang ucapan.

Hanya air mata kesyukuran

berbalut keazaman.

Jiwaku ini mesti dimerdekakan!

Negara ini amanah daripada Yang Maha Kuasa

jangan disia-sia

bukan tempat bersukaria

tapi

ladang berbakti buat bekal ke dunia abadi.

Duhai jiwa

hati kalbu pengarang jantung

kuat semangat pimpinlah jasad

usah tunduk pada nafsu syahwat.

Malaysia di hatiku

tiada seribu hanya SATU.

Lebih indah tatkala disinari rahmat-Mu.

Wahai Tuhanku Allah Yang Satu.

Nukilan pada 31 Ogos 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s