Nur Ramadhan

Detik waktu terus berlari

tanpa disedari.

Ramadhan baru muncul kini.

Masih melimpah rahmat-Mu ya Illahi.

Terasa perbezaan dari sebelumnya

aku sekarang lebih tega

keazaman ditanam dalam jiwa

masa yang ada enggan disia-sia.

Setahun di bumi asing banyak mengajarku

memberi nafas baru

mendidik kalbu

merasai tawa riang tangis sendu.

Ya Rabbi, kasih sayangmu tidak terbatas

pada-Mu ku mengharap belas

arus dunia ini kian deras

hanya dengan pegangan-Mu ku jadi tangkas.

Ya Malik, aku bukan mahu jadi raja

tapi pemimpin yang waja

membawa pimpinannya mengenal Pencipta

membina takwa pada Yang Esa.

Ya Muhaimin,peliharalah daku

murninya dalam nur bulan mulia nan satu

ku ingin dakap keberkatan-Mu

bersama merebut pahala beribu-ribu.

Cinta-Mu ingin ku tawan.

Jauhkan daku daripada kemungkaran.

Kurniakan keberanian demi kebenaran.

Syariat-Mu ingin aku tegakkan!

Nukilan pada 22 Ogos 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s