Suara Kenangan

Padang hijau

tasik kemilau

suara burung lelayang kedengaran

sejarah bagai memanggil aku pulang.

Tempatku berlari

tempatku menangis dan ketawa

masakan dapat sirna.

Aku mengutip kembali

cebisan-cebisan semangat yang ku tinggalkan di sini.

Aku mencantum semula

kepingan kenangan bertaburan

Apa yang ku sebakkan?

Bayu yang menyapa kehadiran.

Riuh unggas berterbangan.

Pohon hijau yang berlambaian.

Padang basah selepas hujan.

Seakan ada suara memanggil-manggil

pintaku mampir.

Walau seketika cuma

biar terubat rindu dendam lama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s