Archive | Februari 2011

Cebisan Diari 2007

Tahun 2007 merupakan tahun pertama aku mula menulis diari. Itupun kerana diari jenis ‘planner’ itu dibekalkan oleh pihak sekolah. Aku berusia 17 tahun waktu itu, dalam tingkatan 5 dan menuntut di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Sejak itu, setiap tahun aku sudah membiasakan diri untuk membuat catatan harian.

Sekarang, dalam usiaku yang telah cukup 21 tahun, aku menyelak kembali lembaran yang ku coret 4 tahun lalu. Kesempatan ini ku ambil kerana cebisan kenangan ini ku tinggalkan di kampung halaman di Bumi Jelapang Padi ini sedangkan aku sekarang menetap di Bumi Adat Perpatih. Sekali sekala pulang, aku leka melayani memori.

Sememangnya setiap kotak dan lembaran dalam diari ini telah ku manfaatkan sebaik-baiknya. Inilah coretan daripada gadis 17 tahun yang meniti kehidupan di sebuah sekolah berasrama penuh. Aku ingin abadikan kata-kata hikmat yang ku kutip dari ucapan cikgu-cikgu, pembacaanku mahupun yang ku dapat dari merata-rata lalu ku tuliskan di ruang-ruang kosong dalam diariku ini. Termasuk juga frasa-frasa tersedia dalam diari yang memberi banyak pengajaran.

Januari

• Jangan hidup dalam kenangan. Jadikan kenangan sebahagian daripada hidup

• Kecantikan itu adalah kekuatan. Keselesaan itu adalah keyakinan. Maka, pentingkanlah keduanya

• A journey of thousand miles starts with the first step

• God helps those who help themselves

Februari

• Expect the unexpected

• Love when you sure you can be loyal

• Sabar itu separuh daripada iman

• Kebersihan itu separuh daripada iman

• It’s not how good you are but how good you want to be

• Tenangkan hati, teguhkan iman, teruskan usaha. Insya-Allah, berjaya!

• It’s better to light a candle than to course the darkness

• Great minds think alike

Mac

• When there is will, there will be way

• It is not how good I am but it is how good I want to be

• All work and no play makes Jack a dull boy

• An idle brain is a devil’s workshop

April

• Emas belum tentu boleh beli masa

• The most powerful water in the world is tears

• Walau apapun terjadi, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi

• Beauty is only skin deep

• Charity begins at home

Mei

• It is good to have friends. It is great to have best friends

• Sensitiviti itu adalah satu keistimewaan!

• Don’t count your chickens before they are hatched

• Don’t judge a book by its cover

Jun

• Ketawalah apabila seronok, menangislah apabila sedih, luahkan apabila sakit hati.

• Masa lalu dijadikan pedoman

• Simpan harapan untuk masa depan

• A fool and his money are soon parted

• Don’t put all your eggs in one basket

Julai

• Orang yang bijaksana mencari kesempurnaan, orang yang bodoh mencari kekayaan (HAMKA)

• Empty vessels make the most sound

• Every cloud has a silver lining

Ogos

• Jagalah langkahmu, biar pincang jangan terpesong. Biar silap jagan tersungkur. Biar rengkat jangan rebah.

• Experience is the best teacher

• Actions speak louder than words

September

• Indah mentari kerana kelembutan sinarnya, seri insan kerana kemanisan senyumannya

• Fine feathers make fine birds

• Fortune knocks once at every man’s door

Oktober

• Sains adalah proses, seni adalah hasilnya

• Lihat sesuatu dari pandangan berbeza

• Honesty is the best policy

• If at first you don’t succeed, try, try, try again

November

Bulan peperiksaan SPM. Pada awal bulan, berlangsung satu majlis khas untuk para pelajar Tingkatan 5 di SMSSMJ; A Night of Everlasting Memories.

• It is no use crying over spilt milk

• Make hay while the sun shines

Disember

• You never really lose until you quit trying

• Patience is a virtue

• ROME was not bulit in a day

Journal Entry of the Week

• Accept what happen

• The early birds catches the worms

• How much we love someone cannot be judge with how long we know the person

• Time and tide wait for no man

• Life sometime really complicated

• Many unexpected things happen to unexpected person

• When you fail to plan, you plan to fail

• Unity makes everything possible

• A rolling stone gathers no moss

• I want to become better

• Little leaks sink the ship

• Colour your life

• Beggars can’t be choosers

• Friends are important

• Good fences make good neighbours

• Keep going with life

• Cut your coat according to your cloth

• Death is something that will happen for sure

• Unity is strength

• Don’t cross the bridge till you come to it

• Reading is to the mind as exercise is to the body

• Don’t kill the goose that lays the golden eggs

• Rasulullah SAW is the role model of the whole decades

• Look before you leap

• Many hands make light work

• Secret is part of life

• A bird in the hand is worth than two in the bush

• There’s none so deaf as those who will not hear

• In hardness, there will be good thing in it

• The starting point of all achivements is faith in oneself

• Success in any facetof endeavour is deep-rooted in attitudes, not aptitudes

• Half a loaf is better than no bread

• How can we hope to arrive if we do not know where we are going

• For a swift arrow, pull hard on the bow string

• Home sweet home

• If the swing goes forward it will come backward too

• Stumbling is not falling

• Success is failure turned upside down

• To win life’s race, the mind must be put into training

• The mind of a man is the root of both bondage and release

• Sooner or later you act out what you really think

• School still school

• We find in life exactly what we put into it

• Behave towards others as if receiving a great guest

• Simple life

• Everytime you talk, your mind is a parade

• Penny-less is better than honour-less

• 5 things before 5 things; healthy before sick, young before old, rich before poor, free before busy and live before die

• People who parade thier virtues seldom lead the procession

• Say the right thing or say nothing

• Strike while the iron is hot

• A drowning man will clutch at a straw

• A stitch a time saves nine

• As a twig is bent, so is the tree inclined

• Early to bed, early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise

• Haste makes waste

• He who laughs last laughs best

• Slow and steady wins the race

• Learning is better than house and land

Advertisements

Pantun Buat Ibu

Tarian gamelan lagu senandung,

Warisan bangsa penuh keramat;

Sembilan bulan sarat mengandung,

Tetap ceria sedia berkhidmat.

 Anak ikan di dalam balang,

Tidak banyak berenang sendiri;

Sakit melahirkan bukan kepalang,

Melihat anak wajah berseri.

Anak rubah dipanggang api,

Dimakan oleh orang Iban;

Penat lelah tolak ke tepi,

Demi anak rela berkorban.

Pergi ke pekan membeli laici,

Singgah berehat bersama teman;

Marahnya bukan marah membenci,

Sebagai nasihat jadikan pedoman.

Ulam pegaga tumbuh melata,

Tumbuh banyak di laman depan;

Emas permata tiada dipinta,

Kejayaan anak menjadi harapan.

Buat rumah dari kayu-kayan,

Masak bersama ikan keli;

Harta melimpah bukan impian,

Selaut kasih lebih bererti.

Pedas rasanya cabai Melaka,

Masak bersama ikan keli;

Sekali hatinya terguris luka,

Nikmat syurga jauh sekali.

Air dicedok dari perigi,

Membasuh tangan selepas makan;

Andai dia telah pergi,

Sepotong doa anak sedekahkan.

Serai serumpun sirih sejunjung,

Diletak orang di tengah laman;

Kasih ibu tiada penghujung,

Menjadi sanjungan ke akhir zaman.

Himpunan Pantun 2005

Pantun Cinta

 

Pokok kelapa mati ditebang,

Pokok ciku banyak dahan;

Banyak cinta bercabang-cabang,

Mana satu jadi pilihan?

Anak dugong berenang-renang,

Ikan lumba turut bersama;

Cinta teragung tiada dicanang-canang,

Cinta hamba kepada agama.

 

Harum baunya si limau purut,

Dipetik adik berikat-ikat;

Langkah mana harus diturut,

Kalau hati sudah terpikat?

Tinggi sungguh si gunung Daik,

Jadi sebutan orang bermadah;

Fikir dulu buruk dan baik,

Jangan nanti menyesal tak sudah.

 

Singgah di kota berjumpa jejaka,

Janji berjumpa di depan jeti;

Benarkah cinta membawa duka,

Menghiris jiwa meranapkan hati?

Sungguh jelita si gadis desa,

Keluar bertandang mesti bergaya;

Manis cinta tiada senantiasa,

Dugaan yang datang menguji setia.

 

Pantun Cinta 2

 

Di petang hari membuat jamu,

Air dijerang di atas api;

Sepi yang datang bersama namamu,

Wajah terbayang termimpi-mimpi.

Di senja hari gerimis mengundang,

Anak desa berhenti berkelana;

Entah kenapa hatiku terkenang,

Sedang diri entah di mana.

 

Ikan toman ikan haruan,

Pokok kacang duri semalu;

Bila berdepan rasa tak keruan,

Jantung kencang lidah terkelu.

Anak rusa masuk ke kota,

 Sesat sendiri tiada berkawan;

Inikah rasa jatuh cinta,

Umpama diri terbang di awan?

 

Musang memburu si biri-biri,

Biri-biri dijaga orang Jawa;

Rasa ragu menghantui diri,

Andai hanya mainan jiwa.

Bapa kuda ibu beruang,

Minum bersama si anak cipan;

Usia muda tak ingin ku buang,

Selagi terdaya akan ku simpan.

 

Bermandi-manda di Lata Mengkuang,

Berkelah bersama kawan lama;

Masa muda masa berjuang,

Puncak jaya destinasi pertama.

Mencari rotan di Gunung Tahan,

Rotan disandar di pokok balak;

Jodoh pertemuan ditentukan Tuhan,

Cuba bersabar bahagia kelak.