Archive | Mac 2011

ARTIKEL PERSATUAN

Artikel Persatuan

  • Mengandungi hal ehwal pentadbiran & pgrsn syrkt
  • Syrkt Bhd. oleh shm dibnrkn oleh Akta Syarikat utk x dftrkn Artikel Persatuan (AP) – s29(1)
  • Jika syrkt Bhd. oleh shm x dftr AP, Susunan A (set peraturan lgkp) akn trpkai. Jika dftr, Jadual Ke-4 msh terpakai slgi x diubhsuai – s30(2)

Ciri-Ciri AP

      i.        Bercetak & dibahagikn kpd prggn brnombor srta ditndatngni oleh stp pnndatgn memorandum di hdpn ≥2 saksi – s29(2)

     ii.        Syrkt berhak memilih utk memasukkan mana2 perkara yg diingini dlm AP

    iii.        Syrkt x Bhd. yg ada modal shm prlu menyatakn amoun syer & pmbahagiannya kpd unit2 shm

   iv.        Syrkt x Bhd. & syrkt Bhd. menurut jaminan @ syrkt Bhd.menurut shm & jaminan prlu menyatakn bilangn ahli yg dicdgkn

Kesan Memorandum & AP – s33(1)

  • Memorandum & AP akn memberi ksn kontrak antara :

                      i.        Syrkt dgn ahli

  • Syrkt boleh ambil tindakan trhdp ahli
  • Hickman lwn Kent or Romney Marsh Sheep Breeders’ Assoc.
  • Ahli boleh menuntut syrkt mematuhi peruntukan AP
  • Pender lwn Lushington
  • Ahli x boleh kuatkuasakn peruntukn dlm AP yg memberiknnya hak dlm kddkn selain ahli (peguam, pngrh, penaja)
  • Eley lwn Positive Government Security Life Assurance Co.

                     ii.        Ahli dgn ahli (members inter se)

  • AP mengikat stp ahli utk mematuhi sgla peruntukn & stp ahli ada hak bersendirian (personal right)
  • Rayfield lwn Hands
  • Wong Kim Fatt lwn Leong & Co. Sdn. Bhd.
  • Peruntukan AP boleh dikuatkuasakn trhdp pemegang shm minoriti oleh syrkt @ pemegang shm majoriti
  • AP x wjdkn tanggungn kontrak antara syarkt dgn org luar @ bkn ahli
  • Raffles Hotel Ltd. Lwn Malayan Banking Bhd.
  • Forbes lwn NSW Trotting Club Ltd.
  • Forbes lwn NSW Trotting Club Ltd.

Pindaan AP

  • Syrkt bebas & berhak utk meminda @ menambah AP melalui resolusi khas dgn perstjuan ¾ majoriti – s31
  • Pindaan @ penmbhn sah spt kndgn asl – s31(2)
  • Had2 utk pindaan :

                      i.        Peruntukan yg mgkhndki mana2 pemegang shm menmbh tggungn syer x dibnrkn kecuali dgn kbnrn bertulis – s33(3)

                     ii.        Mhkmh brkuasa mengeluarkn perintah agr syrkt meminda AP apbla trdpt prmohonan drpd pemegang shm dgn alsn berlaku penindasan dlm syrkt. Pindaan tertakhluk pd perintah mhkmh – s181(4)

                    iii.        Apabila syrkt ada shm2 yg dikelaskn, sbrg pindaan mstilah mengikut prosedur – s65

                   iv.        Majoriti rule : pindaan adlh dgn prstjuan ¾ majoriti ahli syrkt. Pindaan mstilah scr bona fide (suci hati)

MEMORANDUM PERSATUAN

Def : piagam bertulis ssbuah syrkt (tatawujud syrkt) yang menyediakn peruntukn2 berkaitan hbgn syrkt dgn org luar yg brurusn dgn syrkt, mklmt tntg komponen2 syrkt, tggungn shli2 syrkt, objktf & kuasa syrkt

Ciri-Ciri Memorandum Persatuan

  1. Dicetak, perggn bernombor & tarikh – s18(1)
  2. ≥ 2 org penandatgn – s14(1)

Kandungan Memorandum Syarikat – s16(1)

  • Nama syrkt
  • Objktf/tujuan syrkt
  • Modal saham
  • Tggungn ahli (ikut jenis syrkt)
    • Bhd oleh shm : terhad menurut shm blm brbyr (jika ada)
    • Bhd oleh jaminan : terhad mengikut jaminan yg diberi
    • Tak Bhd : tidak terhad
    • Nama, almt & pkrjaan pnndtgn2 memorandum
    • Prstjuan pnndtgn2 (penubuhn syrkt & pgagihan shm)

Fasal Objek & Hubungan Dengan Doktrin Ultra Vires

  • Fasal objek : bahagian trpenting dlm memorandum syrkt yg menyatakan objktf/tujuan penubuhan syrkt dan menentukn skop aktiviti syrkt yg dibnrkn
  • Ultra vires (UV) : tindakan di luar lingkungan objktf/tujuan syrkt
  • Doktrin/Prinsip UV brtujuan melindungi pmgg shm & pemiutg yg berhak tahu objktf syrkt utk memstikn pelaburan mrk digunakn  ke arh aktvt2 yg menepati fasal objk

Doktrin UV Menurut Common Law

      i.        Urusan @ tindakan UV adalah tak sah

  • Ashbury Railway Carriage & Iron Co. Lwn Riche  

     ii.        Syrkt x boleh didkwa brasaskn kontrak UV

  • Re Jon Beauforte

    iii.        Syrkt x boleh mendkwa pihak yg trlibat dgn kontrak UV

   iv.        Org yg brtindak dgn suci hati x boleh beri alsn x dpt notis

  • Memorandum syrkt boleh diperiksa bg memstikn fasal objk syrkt
  • Xda phk boleh bralasan x tahu objktf syrkt

Doktrin UV Menurut Akta Syarikat 1965

      i.        Keesahan sst tindakan xkn terjejas krn perbuatan UV – s20(1)

     ii.        Tindakan boleh diambil trhdp syrkt oleh mna2 ahli @ pmegg cgrn trapung @ pmegg amnh kpd pmegg cgrn trapung utk hlg drpd melakukn UV (pencegahan) – s20(2)(a)

  • Hawkesbury Development Co. Ltd. Lwn Landmark Finance Pty. Ltd.
  • Pamaron Holdings Sdn. Bhd. lwn Ganda Holdings Bhd.

    iii.        Kbnrn mengmbil tindakn trhdp bks pegawai yg tlh melakukn UV – s20(2)(b)

   iv.        Menteri brkuasa memohon kpd mhkmh utk mngeluarkn perintah pmbubarn kpd syrkt yg tlh melakukn tindakn UV – s20(2)(c)

Pindaan Memorandum Persatuan

  1. Pindaan msti mengikut peraturan & prosedur dlm Akta – s21(1)
  2. Hnya 3 peruntukn boleh dipinda :

                      i.        Fasal nama – s23

                     ii.        Fasal modal – s62 & 64

                    iii.        Fasal objek – s28

3. Pindaan fasal objek

                      i.        Kbnrn meminda fasal objk dgn resolusi khas & mndpt prstjuan ¾ majoriti ahli syrkt yg berhak mengundi – s28(1)

                     ii.        Prosedur2 yg msti dipatuhi – s28(2),(3),(4),(5),(6),(8),(9),(10)

a) Beri notis kpd semua ahli syrkt (trmsuk pmegg amnh @ debentur jka keluarkn debentur) skurg2nya dlm msa 21hr dr tarikh msyrt

b) Prmohonan mmbatalkn pindaan harus dibuat dlm masa 21 hr slps tarikh resolusi pindaan yg tlh diluluskn

c) Prmohonan hnya berhak dibuat oleh ahli yg memegg sekurg2nya 10% modal shm syrkt. Jka syrkt xda modal shm, prmohonan boleh dibuat oleh sekurg2nya 10% drpd ahli syrkt

d) Dgn prmohonan, pindaan xkn berkuatkuasa kecuali disahkn mhkmh

e) Mhkmh brkuasa mengesahkn @ mmbatalkn pindaan

f) Pindaan berkuatkuasa apabila resolusi diserah simpan kpd Pendftr yg akn mengeluarkn sijil sbg bukti pindaan trsbt

Guzaarish

            Bagaimana rasanya menjadi seorang yang lumpuh? Tak berdaya menggerakkan anggota badan melainkan bahagian kepala sahaja? Sebagai seorang yang sempurna (alhamdulillah), sukar untuk membayangkannya. Rasa TIDAK BERDAYA , PENDERITAAN meniti waktu, terperangkap dalam diri sendiri, entah macam mana harus digambarkan lagi perasaan itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hanya Tuhan sahaja yang paling mengerti.

            Merujuk pada tajuk yang saya berikan pada ulasan saya kali ini adalah merupakan tajuk sebuah filem HINDI. Peneraju utamanya ialah pelakon lelaki yang dikenali ramai dengan susuk tubuh nan sasa bergaya ala hero Hollywood, Hritik Roshan. Digandingkan dengan pelakon wanita hebat yang telah pun mewarnai filem-filem Hollywood dengan senyuman menawannya, Aishwarya Rai (kini Bachan).

            GUZAARISH membawa maksud PERMOHONAN. Ya, keseluruhan filem ini bertemakan permohonan seorang lelaki bernama Ethan Mascarenhas untuk menamatkan riwayat dirinya setelah lebih 12 tahun hidup menderita sebagai seorang yang lumpuh. Dia yang sebelumnya merupakan seorang ahli silap mata terkemuka sehingga digelar Merlin, telah menjadi lumpuh akibat satu tragedi ketika sedang melakukan persembahan.

            Sofia selaku jururawat Ethan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keprihatinan sehingga ke tahap dia sangat mencintai pesakitnya itu. CINTA yang berputik di tengah-tengah PENDERITAAN. Sesuatu yang aneh bukan? Tetapi tidak mustahil. Sofia memainkan peranan yang amat penting selain ibu Ethan, Isabel dan pembantu rumah yang lain termasuk juga seorang anak muda bernama Omar yang ingin belajar menjadi ahli silap mata daripada Ethan.

            Rentak filem ini perlahan dengan membawa tema yang MELANKOLIK. Tentu sekali hanya sesuai buat mereka yang gemar menyelami kehidupan dari perspektif yang menyentuh sanubari. Saya akui, saya cenderung ke arah romantisme, kasih sayang dan AIR MATA. Terasa puas tatkala sesuatu karya yang saya hayati mampu menggugah hati sampai ke tahap saya ingin menulis tentangnya atau pun bercerita tentangnya. Itulah yang terjadi selepas saya selesai menonton Guzaarish melalui Saluran 952 Astro Box Office (ABO).

            Guzaarish membuat saya terfikir tentang persoalan yang saya timbulkan pada awal artikel ini tadi, “bagaimana rasanya menjadi orang yang lumpuh?”. Lumpuh KESELURUHAN badan. Hanya bahagian kepala sahaja dapat digerakkan. Tambahan pula, apabila memikirkan kecacatan itu berpunca daripada perbuatan KHIANAT seorang sahabat yang dipercayai. Itulah yang terpaksa dilalui oleh Ethan. Segala nikmat hidupnya hilang dalam sekelip mata. Pengkhianatan itu sekadar menjadi penyebab sedangkan yang harus kita renungkan adalah TAKDIR. Siapa yang mampu menolak ketentuan Tuhan?

            Dilihat dari sudut pandangan agama ISLAM, bunuh diri itu DILARANG sama sekali. Terdapat kisah di mana Rasulullah SAW melarang umatnya mendoakan agar cepat MATI sebaliknya menyarankan agar berdoa memohon dipanjangkan usia andai itu membawa kebaikan dan jika mati itu lebih baik, maka takdirkanlah mati. Filem ini mengetengahkan watak utamanya beragama Kristian. Namun, ketika berjumpa dengan paderi sebelum ke mahkamah untuk membicarakan kes permohonannya, paderi tersebut sempat mengingatkan Ethan bahawa perbuatannya itu BERDOSA.

            Isu cinta sering menjadi NADI sesuatu cerita. Tidak terkecuali bagi filem ini. Bermula sebagai seorang jururawat upahan, Sofia semakin mengasihi pesakitnya itu. Ternyata, memiliki seorang suami yang sempurna sifat tidak semestinya membahagiakan jika si suami tidak prihatin dan menunjukkan kasih sayangnya malah acapkali meninggalkan si isteri sendirian. Tidak hairanlah, Sofia mengalihkan perhatian dan cintanya kepada seorang lelaki tak berdaya seperti Ethan. Ya, lelaki yang tak mampu menggerakkan walau satu jarinya, inikan pula hendak melindungi dirinya.

            Seagung mana pun kisah cinta seorang lelaki dan wanita, lebih luhur lagi kisah cinta seorang IBU terhadap anaknya. Isabel, sebagai seorang ibu hanya mengharapkan penderitaan anaknya berakhir. Dia rela jika anaknya mati daripada terus dirundung pilu sebegitu. Malah apabila ditanya oleh pendakwaraya adakah dia sendiri sanggup menamatkan riwayat anaknya, dia menjawab, “ya, saya sanggup.” Sehebat itu pengorbanan seorang ibu demi anaknya.

            Idea utama cerita ini sangat ringkas. Tidak berbelit-belit. Tentang kehidupan, KEPUTUSAN dan kematian. Mahkamah memutuskan bahawa riwayat Ethan TIDAK berhak ditamatkan walau pun dengan kehendaknya. Satu keputusan yang menyedihkan bagi Ethan. Namun, Sofia telah menawarkan diri untuk membantu Ethan. Sebelum Ethan ‘pergi’, dia meninggalkan namanya kepada Sofia. Bagaimana? Sofia yang telah bercerai menerima lamaran spontan daripada Ethan. Lalu, Sofia telah menjadi Mrs. Mascarenhas.

            Sesungguhnya, segala nikmat yang kita miliki sekarang patut disyukuri kerana ia mungkin bisa ditarik oleh Allah SWT bila-bila masa saja. Adakalanya, kita tidak menyedari nikmat terbesar sepanjang kehidupan kita seperti KESIHATAN. Ramai yang terlalu mengejar HARTA yang didefinisikan melalui WANG, saham berjuta-juta nilainya, aset berupa bangunan mahupun tanah dan rumah besar sehingga terlupa ada perkara lain yang jauh lebih penting.

            Jika kita meletakkan diri di tempat Ethan, segala harta benda sudah tidak nampak lagi nilainya. Apa yang tinggal, kasih sayang insan terdekat dan HARAPAN. Harapan untuk kembali merasa ombak laut yang berhempas di kaki. Apakan daya, tanpa bantuan orang, dia tak mampu ke mana-mana sampaikan terpaksa bermalam dengan titisan hujan menimpa muka dek kerana bumbung rumah telah bocor.

            Sama-samalah kita renungkan kembali betapa bertuahnya hidup kita selama ini. Kasih sayang Allah SWT terhadap setiap hamba-Nya tidak pernah berkurang. Menelusuri watak Ethan, walau pun dia ditimpa ujian hebat, Tuhan tetap menyayanginya. Dia ditemani Sofia yang sangat mencintainya. Dia juga mempunyai seorang doktor prihatin, Dr. Nayak. Juga seorang peguam bela berdedikasi, Devyani. Itu menunjukkan bahawa Tuhan itu ADA. SENTIASA.

Astaghfirullah…astaghfirullah…astghfirullah…

1511H [KOMBAT]

            Mendebarkan. Menusuk ke jiwa. Meremangkan bulu roma. Meragut tangkai hati. Menyentuh nurani. Mencerna minda. Membuka pandangan depan. Itulah antara perasaan yang bercampur baur ketika menghayati satu lagi nukilan anak tempatan, FAISAL TEHRANI. 1511H [KOMBAT] merupakan sebuah novel yang telah lama saya intai untuk dimiliki. Ternyata, buah tangan beliau tidak pernah mengecewakan saya.

            Bagi saya, apabila sesuatu karya membuat saya membaca setiap bait katanya tanpa ingin tertinggal satu pun ayat, itu menunjukkan ia sangat MENARIK. Ada elemen yang menggamit perhatian. Karya yang memenangi Kategori Novel Remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 ini, selayaknya dihayati ANAK-ANAK MUDA kini. Kenapa? Kerana membawa gagasan berisi dengan penuh HIKMAH.

            Prolog dan epilognya menyeret kembali ke zaman Rasulullah SAW; kelahiran dan kewafatan Baginda. 18 Bab yang diketengahkan telah menggarap satu kisah FUTURISTIK yang cukup membuka fikiran. Kesyumulan Islam menjadi nadi penghidup cerita yang berkisar perjuangan. Ya, PERJUANGAN menegakkan ISLAM!

            Menulis sinopsis novel ini bukanlah menjadi tujuan saya. Coretan saya ini adalah untuk BERKONGSI rasa. Rasa yang aneka macam seperti yang telah saya katakan di awal tadi. Saya mengambil masa beberapa hari untuk menghabiskan novel 423 muka surat ini. Masih terasa kesayuan, debaran, kegeraman dan kehangatan air mata dek kerana PENANGAN jalan ceritanya.

            Sememangnya SYAHID dalam perjuangan menjadi idaman para mujahid dan mujahidah. Namun, menuju ke arah itu bukanlah mudah. Kecekalan, istiqamah, ilmu, kesepakatan dan kekuatan amat diperlukan. Tiada maknanya berjuang seorang diri tanpa memikirkan kepentingan UMMAH. Maka, PERPADUAN itu kunci kejayaan.

            Barisan komander yang dihidupkan dalam kisah ini memiliki perwatakan masing-masing tetapi mereka disatukan atas nama MATLAMAT perjuangan yang SAMA yakni MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM dan MERUNTUHKAN INSTITUSI PEROSAK UMAT ISLAM. Demi menjayakannya, kerjasama menjadi faktor penting. Apabila disebut PERJUANGAN, bukan sekadar melibatkan LELAKI tetapi turut perlu turun padang adalah PEREMPUAN. Segala KEPAKARAN dimanfaatkan sebaik mungkin.

            Nilai kasih sayang, persahabatan, kekeluargaan, semangat setiakawan, keberanian dan kesabaran menghiasi setiap lembaran lalu mewujudkan impak POSITIF dalam jiwa. Kotak fikiran sibuk mencerna isi-isi dan memancarkan visual IMAGINASI yang membayangkan setiap babak yang diceritakan melalui perincian teliti; di mana, bagaimana situasinya, siapa yang terlibat, apakah yang berlaku. Segalanya dikarang dengan PENJELASAN yang baik.

            Apa yang paling menyentuh hati saya ialah KESYAHIDAN Komander Emrullah. Dalam keadaan cedera parah, beliau sempat menyelamatkan sahabatnya, Komander Muhammad Ameen daripada menjadi sasaran roket pihak musuh dan dirinyalah yang ditakdirkan terkorban. TRAGIS. Penghormatan buat beliau dan isterinya Komander Zinnera yang merelakan pemergian suaminya.

            Jelas sekali, saya gemar mengutip HIKMAH daripada penceritaan tidak langsung. Dalam erti kata lain, cerita-cerita FIKSYEN yang menggarap idea KEROHANIAN. Penulisan KREATIF akan membangkitkan minat yang lebih kuat dan impaknya lebih mendalam. Bukanlah niat saya untuk mengatakan bahawa buku-buku bukan fiksyen kurang menyerlah. Setiap sesuatu itu punya kelebihan dan kekurangannya, bukan?

            Kepada mereka yang tercari-cari bahan bacaan yang memberi KELAINAN, membangkit SEMANGAT, menggugah perasaan dan meluaskan pemikiran, saya tidak teragak-agak untuk mencadangkan novel ini. Pendapat orang mungkin berbeza. Saya hanya mengekspresikan pandangan peribadi.

Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah…

Bila Cinta Mengetuk Pintu Hati

Tanya saja pada sesiapa pun di dunia ini, “adakah anda ingin hidup bahagia?” Jawapannya tentu sekali ya. Tiada yang ingin menderita. Apabila disebut soal bahagia, tentu ada kaitannya dengan cinta. Ya, cinta. Luar biasa manusia itu kerana cintanya punya pelbagai tafsiran dan makna. Bila cinta mulai mengetuk pintu hati, aneka ragam dapat kita perhati.

Bicara soal cinta tiada kesudahannya. Topik yang tak hilang ditelan zaman. Namun, tatkala masa kian berlalu, erti kata cinta itu semakin dipandang berbeza pada mata insan. Hakikatnya, kesyumulan Islam tidak pernah merubah kesucian dan keagungan cinta itu. Hanya manusia yang memandai-mandai melangkau fitrah.

Realiti senario dewasa ini menampakkan seolah-olah cinta itu penyebab malapetaka, punca keretakan hubungan silaturrahim, perosak masyarakat dan varia perkara negatif lain. Sedangkan cinta itu yang mengharmonikan hubungan, mencipta kebahagiaan dan penyambung keturunan.

Zaman kini, cinta itu tergambar pada kata-kata luahan indah bermadu. Terlihat pada pertemuan ‘kau dan aku’. Rasa bahagia dengan panggilan-panggilan manja tanpa ikatan bernama yang sah di sisi agama. Di mana agaknya diletak rasa tanggungjawab? Ada, sebenarnya ada tetapi kian sirna dek kemanisan sementara yang akhirnya memakan diri.

Pedas sangatkah kata-kata saya? Atau tampak jelas sindiran kasar? Penilaian masing-masing. Saya juga manusia. Punya keinginan. Ada nafsu. Cuma hati ini tak ingin tertipu dek dunia fana. Kadang-kadang terkena juga. Syukur pada Allah SWT kerana Dia Maha Penyayang lagi Maha Memelihara.

Saya sangat tertarik dengan tulisan saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin di dalam majalah Solusi Isu 28 yang bertajuk, Kekasih Agung Sedang Cemburu. Sememangnya tak dapat dinafikan ramai di antara kita (termasuk saya) yang lebih mengutamakan sesama manusia daripada Tuhan walau sebenarnya Dialah Kekasih Agung. Tuhan tak rugi apa-apa tetapi kitalah yang bakal merana.

Petikan :

Ya, ketertarikanmu kepada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makan pun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta? Oleh sebab itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan?

Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.

Dalam Isu seterusnya, sekali lagi tulisan beliau berjaya mengusik hati saya. Artikel bertajuk, Menduakan Cinta-Nya menyampaikan mesej jelas buat para generasi muda kini.

Petikan :

Remajaku sayang,

Belek-beleklah panduan al-Quran dan sunah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta Yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah.

……

Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi. Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan. Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat dan banyak lagi.

Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?

Itulah antara isi-isi tulisan beliau yang mampu membuat minda mencongak kebenaran di sebaliknya. Ada sesiapa yang teguh menafikannya? Kalau adapun, alasan yang diberi takkan cukup ampuh. Takkan ada yang dapat menandingi kebenaran ajaran Allah.

Seperti mana seorang pencipta robot tahu apa keperluan, kekuatan dan kelemahan robot ciptaannya, begitulah Allah Maha Tahu siapa itu manusia. Maka aturan-Nya itu telah tersangat lengkap memenuhi segalanya sejak seseorang itu hanya segumpal darah di dalam rahim sehinggalah dia menjadi mayat lalu dimasukkan ke dalam tanah.

Bila cinta mengetuk pintu hati, usah mudah dipengaruhi. Nilai diri tanya hati. Mahu yang sementara atau yang hakiki? Hendak membina kebahagiaan atau mencemar kehormatan? Ada akal, gunakan. Fikirkan..

Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah…

Di Sebalik Hijab Muslimah

Kewajipan agar Muslimah berhijab atau dalam erti kata lain bertudung sudah jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT melalui al-Quran dan sabda Rasulullah SAW melalui hadis baginda. Walau bagaimana pun, masih ramai wanita mahu pun anak-anak gadis yang mengaku diri Islam tetapi meremehkan perkara ini.

Sama ada sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita lebih menyayangi harta benda berbanding diri sendiri. Tak percaya? Kalau handphone mahal-mahal, tentu dilindungi cover plastik atau getah. Takut calar-balar. Kereta mewah parking di bawah bumbung agar tak kepanasan. Selalu juga ditutup bila ditinggalkan bimbang kucing tidur atas kereta, nanti habis melekat bulu. Buku-buku teks sekolah pun dibalut plastik. Malah, sudah jadi peraturan sekolah yang kalau tidak dibuat, para pelajar akan didenda.

Itu sekadar beberapa contoh. Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah kita menjaga sesuatu yang bernilai bagi diri kita. Tujuannya mengelak daripada rosak, musnah atau cacat. Bagaimana pula dengan diri kita yang sangat bernilai ini, duhai Muslimah? Apakah anda tidak risau tubuh anda calar-balar? Adakah anda tidak merasakan bahawa Allah SWT itu Maha Tahu keperluan setiap hamba-Nya? Dan menutup aurat dengan berhijab itu menjadi kewajipan kerana ia satu keperluan. Samalah seperti badan perlukan makanan untuk bertenaga, ia juga perlu perlindungan agar terjaga.

Terdapat sesetengah wanita memberi hujah bahawa iman itu letaknya dalam hati. Maka, berhijab tidak perlu menjadi isu penting. Benarkah? Cuba renungkan maksud IMAN itu sendiri ; keyakinan dalam hati, mengungkapkan dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota badan. HATI itu baru permulaan IMAN. Langkah seterusnya adalah melalui ucapan dan untuk melengkapkannya adalah dengan PERBUATAN. Sedangkan dalam pelajaran pun kita belajar teori kemudian ada PRAKTIKAL. Inikan pula dalam beragama. BERHIJAB atau BERTUDUNG itulah PRAKTIKALNYA.

Ada pula yang menyuarakan bahawa diri belum dapat hidayah, belum sampai seru, tidak dapat petunjuk. Hmmm…bila anda sesat di satu tempat, cara paling berkesan adalah dengan bertanya pada orang di situ untuk menunjukkan jalan. Tatkala anda terasa lapar, anda perlu mencari makanan. Paling tidak pun, menyuapkan makanan yang terhidang ke dalam mulut. Sungguh pun ada yang tolong menyuap, anda tetap perlu mengunyah dan menelan. Relevannya di sini, USAHA. Malu bertanya sesat jalan. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Ya, jangan ingat nak berjaya dalam akademik mahu pun kerjaya sahaja yang boleh memakai slogan itu. Segalanya dalam hidup perlukan usaha. Ibu Nabi Isa ‘alaihissalam, Maryam yang baru lepas melahirkan pun, diperintahkan Allah SWT agar menggoncangkan pohon kurma agar buahnya jatuh untuk dimakan olehnya. Goncangannya hanya sedikit, selebihnya adalah bantuan Allah Maha Penyayang. Tuhan ingin menyampaikan ajarannya bahawa USAHA itu PENTING.

Oleh itu, hidayah takkan turun dari langit andai kita tak cuba menggapainya. Malah cenderung pula terhadap kemaksiatan. Kalau kita nak pakai baju baru yang cantik, baju lama yang dah buruk mestilah ditanggalkan dulu dari badan. Barulah penampilan kita sempurna.

Tak kurang juga yang menjadikan usia sebagai satu alasan. Sama ada masih muda atau rasa terlalu tua untuk berubah. Anehnya, dalam bercinta boleh pula bersuara, “cinta tak kenal usia” atau “usia bukan batu penghalang.” Namun, soal tuntutan agama tidak pula diaplikasikan prinsip itu. Segelintirnya pula memberi alasan tak biasa nak bertudung litup ni, rimas, panas dan macam-macam lagi. Pernah tak dengar dialog begini :

Gadis A           : aku tak biasalah dengan benda-benda macam ni…

Gadis B           : alah… kau cuba la dulu. Nanti dah biasa kau mesti suka dengan benda ni. Kau mesti happy punya!

Ya, dialog yang sinonim apabila remaja ingin mencuba ‘benda’ baru. Macam-macam ‘benda’ ; rokok, pil khayal, kosmetik dan pelbagai lagi yang terlintas di fikiran anda. Apa kata ‘benda’ baru itu kita ertikan sebagai tindakan bertudung. Konsepnya sama iaitu CUBA DULU. Nanti bila dah biasa mesti gembira tapi janganlah sampai bila-bila pun asyik mencuba sahaja. Iktikad di hati harus dikuatkan dengan menuntut ilmu tentangnya. Tak kenal maka tak cinta, bukan?

Siapa yang dapat menjamin umurnya panjang? Atau dia tahu bila dia akan mati? TIADA. Walaupun orang yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, doktor hanya akan memberitahu RAMALAN jangka hayatnya. Ramai yang membeli insurans kemalangan, insurans hayat untuk menjamin tanggungannya bila sesuatu perkara buruk terjadi. Berapa ramai pula yang beramal untuk ‘membeli’ insurans keselamatan daripada api neraka? Sesungguhnya kita sememangnya tak dapat menjangka bila kita akan MATI. Jadi, wajarkah kita melengah-lengahkan waktu untuk melakukan suruhan Tuhan?

Bila filem baru yang best keluar di pawagam, ramai yang merancang untuk segera menontonnya. Begitu juga apabila ada jualan murah, ramai yang berkejar-kejar untuk membeli barang-barang (selalunya bukan keperluan pun). Lagu baru yang sedap berkumandang, kalau boleh semua nak ada pada handset masing-masing. Lakukanlah perkara yang sama apabila ingin beramal dengan suruhan Allah SWT. Dengan DIA tak perlu berebut-rebut. Tak payah beratur panjang. DIA ada untuk SEMUA.

Rakan-rakan Muslimahku, dekati Allah kerana kesempurnaan AJARAN-NYA. Manusia itu mulia kerana ISLAM bukan ISLAM yang mulia kerana manusia. Jika kita benar-benar faham, takkan ada pertikaian tentang orang bertudung yang buat jahat, orang Islam pengganas, Islamophobia dan lain-lain. Kata kuncinya, FAHAM dan AMAL. Andai kurang jelas, carilah penjelasan melalui medium yang boleh dipercayai. Malu bertanya sesat jalan, kan?

HIJABLAH DIRI, HIJABLAH SANUBARI..

Astghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah…

 

Pantun vs Lintasan Hati

Menyelak kembali lembaran lama Lintasan Hati yang berupa buku latihan biasa yang ku gunakan untuk mencoretkan rasa hati dalam kata-kata puitis bermula usiaku 14 tahun, aku menyedari yang aku mulai biasa mengarang pantun sejak Tingkatan 3. Namun, waktu itu pantun tidak terlalu sinonim dengan diriku. Hanya sesekali aku ingin menukar genre menulis yang biasa ku buat iaitu sajak. Ketika itu, beberapa rangkap pantun akan ku reka di bawah satu tajuk terpilih.

Pantun menjadi sangat dekat dengan diriku apabila aku melangkah ke Tingkatan 4, berpindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Baling ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Dek kerana cikgu Bahasa Melayu yang memiliki gaya pengajaran menarik, aku makin tertarik dengan keindahan pantun. Masih ku ingat serangkap pantun yang membuatkan aku dikenali di dalam kelas. Cikgu Ahmad Mohd Nor hanya memberikan dua baris pembayangnya dan meminta para pelajar mencari sendiri dua baris maksudnya. Apabila dia masuk ke dalam kelas pada minggu berikutnya, dia benar-benar menyoal kembali tugasan tidak rasmi itu. Aku memberanikan diri untuk menjawab. Tentu sekali dengan nada pantunnya :

Buah langsat kuning mencelah,

Pokok senduduk tak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

Ya, begitu indah sekali pengalaman itu. Saban hari aku begitu teruja apabila tiba waktu subjek Bahasa Melayu. Bermula dengan menulis pantun-pantun yang aku dapat sepanjang proses pembelajaran, aku mula mengarang rangkap pantun sendiri. Aku mulai menjadikannya sebagai tabiat dan tak bergantung pada apa-apa tajuk melainkan mengarang apa yang terlintas mengikut keadaan. Kadang-kadang bermula dengan baris maksud dan ada kalanya bermula dengan baris pembayang. Sebuah buku khas aku peruntukkan untuk merekodkan pantun-pantun karanganku. Buku latihan biasa berbalut kemas itu ku beri nama Senandung Jiwa.

Lintasan Hati tetap menjadi wadah coretanku. Aku masih mengekalkan penggunaan buku latihan biasa tapi dibalut kemas dengan kertas bunga kemudian dilapisi plastik jernih. Kini, telah masuk buku yang keenam. Setiap satu buku selalunya terakam coretan untuk lebih kurang dua tahun. Setiap tahun menggambarkan suasana yang berbeza, tanda usiaku semakin meningkat dan fokus ku dalam kehidupan berubah-ubah.

Namun, satu perkara yang aku perasan tidak berubah. Sejak Lintasan Hati pertama hinggalah Lintasan Hati 6, sentiasa tema itu aku ketengahkan tanpa ku sedari. Apa temanya? Cinta. Ya, tentang cinta. Ada saja timbul soal itu. Tentu sekali akan berkait dengan soal hati, perasaan dan insan bergelar LELAKI.

Dalam hati ada cinta

Dalam cinta ada rindu

Dalam rindu ada duka

Dalam duka ada pilu

(Hilang Cahaya Datang Sinar : 2004)

Cinta itu indah dalam suram

Cinta itu manis dalam pahit

Cinta itu suka dalam duka

Cinta menyinar dalam kelam

Cinta penawar dalam sakit

Cinta bergetar dalam leka

(Cinta : 2004)

Akukah itu,

yang sering bicara soal cinta

yang gemar menyelami lubuk jiwa

yang dirinya penuh tanda tanya?

(Akukah Itu?! : 2005)

Kasihmu ini

permainan atau kebenaran?

Debaranku ini

tanda cinta atau hatiku yang buta?

Cemburuku ini

erti sayang atau kepura-puraan?

(Permainan Jiwa : 2005)

Kerana cinta kita bahagia

Kerana cinta kita merana

Kerana cinta gembira

Kerana cinta kita berair mata

Kerana cinta kita berkorban

Kerana cinta kita terkorban

Kerana cinta kita berpaduan

Kerana cinta kita berpecahan

Kerana cinta kita tabah

Kerana cinta kita hilang arah

Kerana cinta kita belajar

Kerana cinta kita sasau

(Bicara Seorang Pengobsesi Cinta : 2006)

Dia?

Bagaimana harus ku ceritakan?

Entah bila mulanya

tapi aku benar-benar terusik

dan masih mencari penawar

mengubat getaran yang enggan tidur

kalau benar ia tulus

tentu akan abadi dalam diri

dan Dia ada cara-Nya sendiri

menemukan insan untuk saling berkasih.

(Benarkah Sejarah Telah Berulang? : 2006)

Bayu,

Ingin ku ukir namaku padamu

namun tiada ku termampu.

Lalu ku cuba coretkan tanda cintaku

dalam kitab penciptamu.

Dia yang paling mengerti.

(Kisah Buat Sang Bayu : 2007)

Cinta bertaut laksana ombak dan pantai.

Selaut kasih tiada bertepi.

(Salam Kasih : 2007)

Kecewakah aku atau keliru

mungkin jua menanti atau mencari.

Yang pasti

Hati ini sentiasa terusik.

(Bisikan Bayu : 2008)

 

Cinta-Mu tiada penghujung.

Sayang-Mu tidak terhitung.

Rindu-Mu tidak tersanjung.

(Tiada Penghujung : 2008)

Allah sedang bicara padaku

tatkala hati terusik dibelai rindu

tentang kasih, cinta dan sayang yang bersatu.

(Allah Sedang Bicara : 2009)

Tentang cinta, tentang rindu

senandung kalbu irama berlagu.

(Pesona Cinta Pertama : 2009)

Kasihnya bukan melimpah-ruah

tapi sentiasa mengalir bak sungai jernih.

Rindunya bukan menyala-nyala

tapi menghangatkan kala dingin.

Sayangnya buka tak bertepi

tapi tak pernah sepi.

(Yang Ku Cari : 2010)

Dia yang buatku tersenyum

layu bunga kembali menguntum.

Dia yang buatku tersenyum

sayang dan rindu bercantum.

Aku mencari cinta yang satu

penawar lara kalbu.

(Buatku Tersenyum : 2010)

Kasihku tak seagung cinta-Nya.

Bicaraku tak seindah sabda Baginda.

Setiaku tak sehebat para sahabat.

Pengorbananku tak sebesar Khadijah.

Ilmu ku tak setinggi Ummul Mukminin.

(Kita Milik-Nya : 2010)

Itulah antara cebisan coretan daripada Lintasan Hati 1 sehingga 6. Seringkali soal cinta, rindu, kasih dan sayang menjadi fokus utama. Ternyata aku tak dapt lari daripada semua itu. Kadang berbunga-bunga dalam hati. Namun, adakalanya menggores sanubari. Apapun, aku terima dengan redha.

Ketika di bangku sekolah, tidak sah rasanya andai tak diserikan dengan usikan teman-teman yang bergosip itu dan ini. Tambahan pula apabila aku tinggal di asrama sejak tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Ada saja kisahnya. Ada saja suara-suara memasang-masangkan diriku dengan pelajar lelaki sebaya. Ah, tentu saja itu gurauan biasa!

Tidak juga aku nafikan dek kerana kematangan yang menjengah, jiwa remajaku bergolak dengan seribu satu perasaan tak menentu. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, syukur pada Allah yang melindungiku daripada terjebak dalam kancah tak bermoral. Lintasan Hati itulah menjadi tempatku meluah rasa.

Dalam keadaan tertentu, aku lebih gemar mengarang pantun. Menyampaikan rasa hati dalam empat rangkap mudah tapi aku agak cerewet dalam proses penciptaan setiap satunya. Pembayang haruslah logik dan sesuai mood dengan maksud. Pembayang ceria dengan maksud gembira. Maksud sedih dengan pembayang suram. Begitulah seboleh-bolehnya.

Langit biru awan memutih,

Angin bertiup daun pun gugur;

Hati rindu pada kekasih,

Wajah seraut mengusik tidur.


 

Sabung-menyabung kilat di langit,

Guruh berdentum di sana sini;

Jiwa bertarung rasa sakit,

Lukaku belum diubat lagi.

Kadang-kadang aku mengarang pantun kerana hendak mengabadikan sesuatu kenangan dengan menjadikan nama tempat atau suasana waktu itu sebagai pembayang pantun. Maksud akan datang kemudian. Seringkali, tema cinta tercipta tanpa dirancang. Mungkinkah kerana itu yang selalu bermain-main dalam fikiranku? Mungkin.

Cerah mentari di pagi hari,

Burung berkicau mencari makan;

Riangnya hati di hari ini,

Ingin bertemu kasih idaman.


 

Dari Chemor ke Bagan Serai,

Lalu jambatan Sungai Kurau;

Sudah bersatu enggan bercerai,

Terpisah lautan ketemu di pulau.

Pantun merupakan warisan yang sangat berharga. Dalam beberapa baris ayat, tercipta kata-kata yang penuh maksud tersirat disampaikan dengan irama nan merdu. Sastera moden pula lebih mengetengahkan barisan kata-kata puitis tersusun tanpa ikatan bunyi yang lebih dikenali umum sebagai sajak. Itulah yang gaya yang banyak ku guna pakai dalam Lintasan Hati. Aku akan cuba sedaya-upaya memelihara khazanah bangsa ini. Insya-Allah. Buat mereka yang turut sama berkongsi minat, silakanlah. Martabatkan budaya kita!