CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN PERMASALAHAN

Permasalahan :

Milah merupakan seorang usahawan muda yang berjaya dalam perusahaan makanan segera. Beliau bercadang ingin menubuhkan sebuah syarikat dalam usaha untuk memperluaskan lagi perniagaannya. Pada 1 Januari 1999, beliau telah menubuhkan Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. di mana beliau dan suaminya bertindak sebagai pengarah-pengarah syarikat. Sebanyak 95% saham syarikat dimiliki oleh Milah manakala selebihnya dimiliki oleh anak-anaknya yang hanya sebagai penamanya sahaja.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Milah telah mengambil insurans keselamatan dalam kedudukannya sebagai pekerja syarikat tersebut. Selaku pengarah syarikat, beliau juga telah membuat pinjaman modal sebanyak RM100,000 dengan BBMB. Perniagaannya berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai.

Namun, baru-baru ini syarikat mulai menghadapi masalah apabila sebuah syarikat lain iaitu Syarikat Harta Emas Sdn. Bhd. ingin mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. telah menggunakan nama yang sama dengan syarikat mereka yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang berurusan dengan kedua-dua syarikat.

Semalam, Milah dan suaminya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa mereka. Hari ini, anak-anak Milah datang berjumpa anda untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kedudukan syarikat setelah kematian ibu dan bapa mereka. Anda juga diminta untuk menjelaskan hak Milah terhadap polisi insurans yang dimasukinya serta tanggungan syarikat terhadap dakwaan Syarikat Harta Emas. Pihak BBMB juga inginkan penjelasan berkenaan tanggungan pinjaman yang telah dibuat oleh Milah. Selesaikan permasalahan ini.

CONTOH JAWAPAN

Isu-isu

1)    Apakah status Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. selepas kematian Milah dan suaminya?

2)    Adakah Milah berhak ke atas polisi insurans keselamatan yang diambilnya?

3)    Adakah Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan ke atas dakwaan yang dibuat oleh Syarikat Harta Emas Sdn. Bhd. ?

4)    Adakah Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan ke atas pinjaman modal dengan BBMB?

Penyelesaian Isu (1)

Prinsip utama sesebuah syarikat ialah entiti berasingan di mana syarikat mempunyai identitinya yang tersendiri, terpisah daripada ahli-ahlinya.

Oleh itu, seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965 telah memperuntukkan ciri-ciri khas syarikat iaitu salah satunya berkaitan dengan kesinambungan hayat. Sesebuah syarikat akan kekal walaupun ahli-ahlinya telah meninggal dunia selagi ia tidak dibubarkan oleh Pendaftar Syarikat. Kes yang boleh dirujuk :

Nama kes       : Re Noel Tedman Holdings Pty. Ltd. 

Fakta kes        :

Sepasang suami isteri selaku pemegang saham syarikat telah meninggal dunia dalam kemalangan. Ahli-ahli syarikat yang lain juga telah tiada. Syarikat mengalami masalah untuk memindahmilik saham kerana tiada kelulusan daripada pengarah.

Keputusan mahkamah :

Wakil peribadi si mati dibenarkan melantikpengarah baru untuk memindahmilik saham syarikat.

Rumusan Isu (1)

Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. boleh terus beroperasi seperti biasa. Anak-anak Milah yang dijadikan penama boleh melantik pengarah baru dengan persetujuan ahli-ahli syarikat yang lain.

Penyelesaian Isu (2)

Syarikat dengan ahlinya merupakan entiti yang berbeza. Seorang pengarah syarikat yang turut bertindak sebagai pekerja mempunyai hak tersendiri yang berasingan daripada syarikat. Kes yang boleh dirujuk :

Nama kes       : Lee lwn Lee’s Air Farming Ltd.

Fakta kes        :

Isteri Lee menuntut pampasan atas kematian suaminya yang terbunuh semasa menjalankan tugas sebagai ketua juruterbang. Lee merupakan pemegang saham utama syarikat tersebut merangkap pekerja.

Keputusan mahkamah           :

Isteri Lee berhak mendapat pampasan kerana Lee selaku pemilik dan pekerja syarikat merupakan entiti yang berasingan daripada Lee’s Air Farming Ltd.

Rumusan Isu (2)

Milah berhak atas polisi insurans keselamatan yang diambilnya kerana polisi tersebut adalah atas namanya sebagai pekerja syarikat.

Penyelesaian Isu (3)

Menurut seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965, antara ciri-ciri syarikat ialah boleh mendakwa dan didakwa. Kes yang boleh dirujuk :

Nama kes       : Foss lwn Harbottle

Fakta kes        :

Dua orang pemegang saham Victoria Park Company telah mendakwa pengarah syarikat kerana penyalahgunaan kuasa.

Keputusan mahkamah           :

Dakwaan sepatutnya dibuat atas nama Victoria Park Company kerana penyelewengan pengarah tersebut memberi kesan terhadap syarikat.

Menurut Common Law, sesebuah syarikat boleh memohon perintah injuksi apabila terdapat syarikat lain yang menggunakan nama serupa atau hampir sama. Perintah injuksi akan menyekat penggunaan nama tersebut oleh pihak yang didakwa. Kes yang boleh dirujuk :

Nama kes       : North Chesire & Manchester Brewery Co. Ltd. Lwn Manchester Brewery Co. Ltd.

Fakta kes        :

Syarikat Manchester Brewery telah dibeli oleh Syarikat New Chesire Brewery dan ditukar kepada nama North Chesire & Manchester Brewery. Pemilik Manchester Brewery telah memohon perintah injuksi agar penggunaan nama baru yang mengelirukan itu disekat.

Keputusan mahkamah           :

Perintah injuksi dibenarkan untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Rumusan Isu (3)

Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan atas dakwaan Syarikat Harta Emas Sdn. Bhd.

Penyelesaian Isu (4)

Seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965 telah menyatakan bahawa sesebuah syarikat mempunyai kuasa perbadanan. Oleh itu, syarikat memiliki hak, kuasa dan tanggungjawab sendiri. Setiap tindakan oleh pengarah atau pekerja syarikat yang dilakukan atas nama syarikat tersebut secara langsung menyebabkan syarkat bertanggungan.

Rumusan Isu (4)

Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan atas pinjaman modal sebanyak RM100,000 yang dibuat oleh Milah dengan BBMB sebagai pengarah syarikat.

Kesimpulan

  1. Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. boleh terus beroperasi seperti biasa.
  2. Anak-anak Milah berhak ke atas polisi insurans keselamatan Milah.
  3. Syarikat perlu menanggung dakwaan Syarikat Harta Emas Sdn. Bhd.
  4. Syarikat bertanggungan ke atas pinjaman modal dengan BBMB.

9 thoughts on “CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN PERMASALAHAN

  1. saya ingin bertanya tentang contoh soalan tersebut..
    cik mama dan cik papa bercadang untuk menubuhkan syarikat.nasihatkan mereka prinsip-prinsip undang-undang berkaitan dengan samaada syarikat itu adalah satu entiti undang-undang?

    • Syarikat mmg satu entiti berbeza. Contohnya Syarikat MaPa Sdn. BHD.
      Satu entiti bermakna ia spt seorang yg blh mendakwa atau didakwa. Hak milik syrkt dgn pemilik syrkt adalah berbeza. Pemilik blh menuntut sst drpd syrktnya begitu juga sebaliknya. Blh rujuk di topik ciri2 syrkt utk mklumat lanjut

  2. saya ingin bertanya, macam mana cara untuk membuat case review untuk sesuatu kes? komponen apa yg perlu di libatkan? saya pertama kali mendapat tugasan ini:))

    • Case review dgn penyelesaian mslh sma shj. Yg penting keluarkan isu2 kemudian selesaikan satu per satu. Stp penyelesaian isu harus ada akta dan contoh kes.

  3. Saya ada satu kes nak tanya. Kes nya macam ni. Mila telah mengambil Daniel sebagai ejen utk real estate business. Mila suruh Daniel jual 10 lot banglo di desa permai mengikut harga pasaran. Tapi Daniel langgar arahan Mila. Dia jual 4 banglo utk isteri pertama, 3 utk isteri kedua, 2 utk isteri ketiga & 1 banglo utk isteri keempat dgn tak ikut pasaran. Dia jual murah and tak bgtahu Mila. Bila Mila dpt tahu, dia nak cancel transaction tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s