Archive | April 2011

TRIVIA ISLAMIK 2

1)    Baiah ialah perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa. Siapakah wanita pertama yang membaiah Rasulullah SAW?

2)    Siapakah pengembara Muslim yang terkemuka?

3)    Apakah perang pertama yang tercetus antara orang Muslim dan kafir Quraisy?

4)    Ke negeri manakah Rasulullah SAW keluar berdagang buat pertama kali bersama bapa saudara Baginda?

5)    Satu-satunya lelaki yang terbunuh di tangan Rasulullah SAW.

6)    Namakan sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah.

7)    (Al-Tahirah   Al-Zahra) Siapakah pemilik gelaran ini?

8)    (Merah    –         Putih    –        Hitam) Apakah yang digambarkan oleh 3 keadaan warna ini?

9)    (1/70) Apakah yang digambarkan oleh pecahan ini?

10) Makhluk yang paling berat seksaannya di neraka.

JAWAPAN

1)    Fatimah binti Asad

2)    Ibn Battuta

3)    Perang Badar

4)    Syria (dahulu Syam)

5)    Ubai bin Khalaf. Baginda membunuhnya untuk mempertahankan diri. Ubai bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah SAW dengan mengancam, “Saya memelihara seekor kuda yang diberi makan bijirin yang cukup. Saya akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti.” Baginda menjawab yang bermaksud, “ Insya-Allah, saya yang akan membunuh kamu.” Ubai terbunuh dalam perang Uhud walau hanya terluka sedikit sahaja akibat terkena lembing Baginda SAW.

6)    Sa’ad bin Mu’az seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar penduduk Yathrib (Madinah) memeluk Islam.

7)    Sayidatina Fatimah binti Muhammad r.ha.

8)    Perubahan api neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Api neraka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga berwarna merah. Kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga berwarna putih. Dan dinyalakan 1000 tahun berikutnya sehingga berwarna hitam.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

9)    Tahap kepanasan api dunia berbanding api neraka. Sabda Nabi SAW bermaksud, “ sesungguhnya api yang kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian daripada 70 bahagian daripada api neraka jahanam.” Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, api dunia pun sudah cukup (panas).” Baginda bersabda lagi, “api neraka melebihinya dengan 69 kali ganda.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10) Iblis. Makhluk pertama yang ingkar terhadap Allah.

Advertisements

TRIVIA ISLAMIK 1

1)    Siapakah yang dikatakan wajahnya begitu mirip dengan Rasulullah SAW?

2)    Sahabat Nabi yang dikenali sebagai ‘Abu Masakin’ iaitu bapa orang miskin ialah…

3)    Berapakah jumlah malaikat yang memikul Arasy pada hari kiamat?

4)    Berapakah jumlah anak lelaki Nabi Yaakub termasuk Yusuf a.s?

5)    Berpandukan kisah dalam al-Quran, namakan suami yang mempunyai isteri yang tidak taat pada perintah Allah SWT.

6)    Dalam surah apakah peristiwa Rasulullah SAW berpaling daripada seorang lelaki buta direkodkan dalam al-Quran?

7)    Apakah surah yang jika dibahagikan jumlah ayat dalam surah itu dengan nombor surah, maka jawapannya ialah 2?

8)    Apakah perkaitan antara tiga perkara di bawah?

a.    Menenggelamkan sampan

b.    Membunuh anak kecil

c.    Menegakkan kembali dinding yang hampir roboh

9)    Apakah nama surah yang disebut dengan nama para nabi dan dirujuk kepada nabi?

10) Makhluk yang paling ringan seksaannya di neraka.

JAWAPAN

1)    Sayidina al-Hassan bin Ali, berdasarkan kata-kata Anas r.a. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

2)    Ja’afar bin Abi Talib.

3)    8 malaikat. Allah berfirman dalam surah al-Haqqah ayat 17 yang bermaksud, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.”

4)    11 orang.

5)    Lut a.s. & Nuh a.s.

6)    Abasa

7)    Surah al-Rum. (60 ÷ 30 = 2)

8)    Tindakan Khidir yang dipersoalkan oleh Musa a.s. akan kewajarannya.

9)    Yunus, Hud, Yusuf, Ibrahim, Muhammad, Nuh, al-Muzammil & al-Muddaththir

10) Abu Talib yang dipakaikan selipar daripada api.

ILMU DI DALAM LEMBARAN KITAB AGUNG

Bismillahirrahmanirrahim…

Kitabullah yakni al-Quran al-karim menceritakan 1001 kisah, memperihalkan jutaan keajaiban, tentang sejarah silam, berkenaan masa hadapan, rahsia alam dan aneka hikmah ilmu. Kitab agung ini masih terus dibelek dan dikaji walau setelah lebih 1000 tahun diturunkan di dunia ini. Bak kata pepatah, perihal al-Quran ini tak lapok di hujan tak lekang dek panas malah terus malar segar meniti zaman.

Di sini, saya sekadar ingin berkongsi beberapa penemuan saintifik yang ternyata telah pun disebut di dalam al-Quran ribuan tahun sebelum para saintis mengesahkannya. Subhanallah! Maha suci Allah Yang Maha Bijaksana!

1)    Tumbesaran embryo

“Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dari sari pati berasal dari tanah, kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang lain. Maha Suci Allah, Pencipta Paling Baik.”

(Surah al-Mukminun : 12-14)

 

2)    Gunung sebagai pasak bumi

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak.”

(Surah al-Naba’ : 6-7)

 

“Dan Dia telah menancapkan gunung di bumi agar bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu dapat petunjuk.”

(Surah al-Nahl : 15)

 

3)    Asal-usul cakerawala

“Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, “datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa.” Kedua-duanya menjawab, “kami datang dengan patuh.”

(Surah al-Fushilat : 11)

 

“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu kemudian Kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa mereka tidak beriman?”

(Surah al-Anbiya’ : 30)

 

4)    Cerebrum (bahagian otak utama) sebagai perancang tindakan manusia

“Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka). (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.”

(Surah al-‘Alaq : 15-16)

 

5)    Penyatuan laut dan sungai

“Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tak dilampau oleh masing-masing.”

(Surah al-Rahman : 19-20)

 

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan yang lain sangat masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tertembus.”

(Surah al-Furqan : 53)

 

6)    Pembentukan awan hujan

“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya lalu Dia menjadikannya bertompok-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya.”

(Surah al-Nur : 43)

 

Ini hanyalah sedikit sahaja ilmu yang dipetik daripada al-Quran. Masih terlalu banyak lagi yang harus diterokai dan dihayati bersama. Marilah kita sama-sama mendalami kalam Allah buat kita umat agama nan benar ini. Ia merupakan kitab varia ilmu, surat cinta Tuhan buat setiap hamba-Nya, ayat-ayat peringatan dan buku cerita kisah-kisah ghaib. Ayuh, baca dan hayati AL-QURAN!

PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Definisi Pembangunan/development

  • Bhs : usaha @ kegiatan membangunkan, memajukan @ mengembangkan
  • Istilah : usaha mmbngnkn potensi yg ada pd diri manusia & persekitarannya bg mncpai kcmerlgn di dunia & akhirat
  • Dr perspktf Barat, pembangunan hnya mementingkan material shj
  • Garis ukur pembangunan bg Barat :

o   Ekonomi

o   Teknologi

o   Kebudayaan

o   Perindustrian

  • Islam menuntut pembangunan yg seiring dr segi material & spiritual yakni keperluan rohani & jasmani

Fenomena Pembangunan Masa Kini

  • Ekonomi, sosial & politik dunia kini berhdpn dgn pelbagai mslh akbt kepincangan sistem
  • Islam ternyata sedia mmiliki jln keluar bg stp mslh yg timbul
  • Pndgn barat yg hnya mnjurus kpd materialistik & menitikberatkn keuntungn semata tlh mghncurkan nilai kemanusiaan & dlm masa yg sama mmberi ksn negatif trhdp prsekitaran yg akhirnya kembali mndtgkn mslh kpd manusia semula spt bencana alam serta mslh sosial

Islam & Pembangunan

  • Dlm Islam, pmbngnn merupakan :

o   Kekuatan, baik tenaga, jiwa, mental @ fizikal dgn pnduan wahyu

o   Rgkuman aspek akidah, akhlak, ekonomi, perundangan dll

o   Keupayaan bersama utk meningkatkn ksjhteraan msyrkt di dunia & akhirat

o   Perkembangan mental yg sihat strsnya pmbgnn fizikal yg lebih baik

  • Asas kekuatan :

o   Aqidah & keimanan : hbgn Tuhan dgn manusia & hbgn manusia dgn manusia

o   Khilafah : manusia mnjlnkn tggjwb sbg khalifah di muka bumi

o   Tazkiyyah : kesedaran/kecerdikan memandu tindakan

Matlamat Pembangunan Dalam Islam

  • Pembangunan modal insan

o   Kelebihan manusia

o   Tugas khalifah

o   Tabii inginkn pmbngnn

  • Hamba beriman & bertakwa

o   Takut & taat pd Allah

  • Material & spiritual

o   Memenuhi kprluan roh & jasad

  • Kjyaan di dunia & akhirat

o   Hasil utk ksngn dunia & kbhagiaan akhirat

  • Memnuhi kprluan hdup

o   Dharuriah

o   Hajiah

o   Tahsiniyyah

  • Menyediakn prasaranan utk tgktkn trf hdup

o   Tggjwb pimpinan negara

Skop Pembangunan Dlm Islam

  • Aspek fizikal & rohani
  • Kprluan jasmani/fizikal : mknn, tmpt tggl, pkaian dll
  • Kprluan rohani : pemikiran, jiwa & akhlak

Mencapai Pembangunan Diredhai Allah

  • Tak lupa tggjwb trhdp Allah
  • Menyedari tugas diri sbg khalifah Allah
  • Maraikan nilai2 akhlak yg mulia
  • Mnjdkn pembgnn sbg sumber kekuatan
  • Kepimpinan yg menepati syariat

Pantun Mengenang Sahabat

Kiambang mati biduk berlalu,

Kelopak kembang layu daunan;

Terhiris hati dibelah sembilu,

Kerana kawan jangan ikutkan.

Cantik sungguh kain baldu,

Terus terpikat pandang sekali;

Yang jauh itu dirindu,

Yang dekat mengusik hati.

 

Dari Seremban ke Kuala Pilah,

Bukit Putus jalannya baru;

Biar berjauhan jasad terpisah,

Kasih tulus pengikat kalbu.

 

Pergi mandi di Ulu Bendul,

Sejuk sungguh air terasa;

Rindu di hati ternyata betul,

Ada jodoh kita berjumpa.

 

Angin malam dingin terasa,

Langit berbintang bulan separuh;

Berkirim salam khabar berita,

Hati terkenang duduk menjauh.

 

Dari Senawang pergi Seremban,

Dara jelita asalnya Perlis;

Salam sayang penuh ingatan,

Moga gembira tersenyum manis.

 

Pokok kelapa pokok pisang,

Tanam sederet tingginya beza;

Entah kenapa aku mengenang,

Rindu menyeret gundah-gulana.

 

Kopi secawan harum wangi,

Di waktu pagi segar terasa;

Buatmu kawan yang dingati,

Doa iringi selamat semoga.

Di waktu pagi segar terasa,

Kicau burung riuh menyanyi;

Doa iringi selamat semoga,

Usah murung senangkan hati.

 

Kicau burung riuh menyanyi,

Cerah mentari dari timur;

Usah murung senangkan hati,

Teman di sisi jadi penghibur.

AHLI-AHLI SYARIKAT

Pengenalan

  • Undg2 berkaitan ahli : Bahagian IV & V Akta Syarikat 1965 & dlm AP
  • Ssorg pemegang syer x smstinya ahli syrkt & ssorg ahli x smstinya pemegang syer
  • Raja Khairulzaman Shah lwn Zaman Indah Sdn. Bhd.
  • Syrkt Bhd. oleh syer : Ahli = Pemegang Syer
  • Syrkt Bhd. oleh gerenti : Ahli ≠ Pemegang Syer (xda syer)
  • Syrkt tak Bhd. : ahli x smstinya pemegang syer (spt prkgsian)

Cara-cara Menjadi Ahli Syarikat

i.        Persetujuan mnjd ahli ketika menndtgni memorandum

ii.        Beri nama utk dimsukkn ke dlm dftr ahli syrkt

  • i & ii – s16(6)

iii.        pngrh yg mmbuat akujnji utk ambil & byr syer yg diperuntukkn pdnya

iv.        dftr sbg pemegang syer

Kepentingan Mengetahui Ahli Syarikat

  • Penentuan hak spt dlm Akta Syarikat, memorandum & AP
  • Tahu jmlh minimum ahli krn jika kurg drpd 2 org lebih drpd 6 bln akn dikira melakukn kslhn – s36

Perbezaan Ahli Dengan Pemegang Syer yg Bukan Ahli

  • X berhak kwl syrkt
  • X berhak hadir msyrt agung
  • X berhak pinda AP
  • X tertakluk kpd apa2 liabiliti

Perhubungan Antara Ahli-Ahli Dan Lembaga Pengarah

  • Seorang pengarah syrkt x smstinya ahli bg syrkt trsbt
  • Sbrg kptsn ahli-ahli syrkt dibuat dlm resolusi khas melalui mesyuarat agung syrkt
  • Jika hak pngrsn syrkt diberikan kpd lembaga pengarah melalui peruntukan dlm AP, ahli-ahli x berhak campur tgn dlm urusan syrkt kecuali dgn pemindaan AP
  • John Shaw & Sons (Salford) Ltd. Lwn Shaw
  • Automatic Self-Cleansing Filter Syndicate Co Ltd. Lwn Cunninghame
  • Quin & Axtens lwn Salmon
  • Apabila pengrh x boleh mnjlnkn kuasa yg diberikn, ahli-ahli boleh mengambil alih melalui msyrt agung
  • Barron lwn Potter

Hak-Hak Ahli

i.        Memastikan peruntukan memorandum & AP dipatuhi

  • AP & memorandum adalh kontrak yg mengikat ahli dgn ahli & ahli dgn syrkt – s33(1)
  • Ahli berhak mghlg @ mndkwa sst tindakan yg dianggap mlggr kontrak trsbt
  • Pelggrn dr segi luaran yg hnya melibatkn prosedur shj x diambil kira oleh mhkmh
  • Macdougall lwn Gardiner

ii.        Mghlg sbrg tindakan UV @ tindakan slh

iii.        Mndptkn mklmt & memeriksa rekod syrkt. Peruntukan Akta berkaitan :

  • Memeriksa dftr ahli – s160(2)
  • Memeriksa dftr pngrh, s/u, pngrs & juruaudit – s141(5)
  • Memeriksa dftr syer pngrh2 – s134(8)
  • Memeriksa dftr pegangan syer yg brjmlh bsr – s69L(2)
  • Memeriksa dftr pemegang debentur – s70(3)
  • Memeriksa dftr caj2 – s115(3)
  • Memeriksa dftr kpntgn pemegang2 – s92(2) brsma s160(2)
  • Pemeriksaan dftr2 di ats x boleh dikenakn byrn
  • Memeriksa dftr minit msyrt agung syrkt & dptkn salinan dgn byrn trtntu – s157
  • Ahli2 berhak semak dokumen2 kwngn syrkt

iv.        Hadir & mengundi dlm msyrt agung syrkt

  • Hak asasi yg x boleh dibatasi oleh memorandum & AP
  • Ahli berhak hadir & mengundi selagi dia mmbyr sendiri sgala yg berkaitan dgn syer2nya – s148(1)
  • Hak boleh digntung jika :

§ Ahli trsbt x byr utk syernya

§ Ahli memegang syer terutama

  • Pemegang syer terutama boleh mengundi apabila

§ Dividennya x dibyr & trtunggak slama ≤12 bln drpd tarikh pmbyrn

§ Ada perubahan melalui resolusi khas tntg hak2 berkaitan

§ Trdpt resolusi utk pggulungn syrkt

  • Jmlh undi dibw stp unit syer brgntung pd peruntukn dlm memorandum & AP
  • Kpntingan peribadi x mnjejaskn hak ahli utk mengundi

§ North-West Transportation Co. Ltd. Lwn Beatty

  • Hak mengundi tertakluk kpd :

§ Niat suci hati (bona fide)

§ Kepntingan sst kelas

o   British America Nickel Corporation Ltd. Lwn MJ O’Brien Ltd.

v.        Dilayan dgn adil

  • Pemegang syer minoriti boleh mmbuat tuntutan mhkmh apbla didpti berlaku penindasan @ diskriminasi trhdp mrk – s181(1)
  • Jika hal ehwal syrkt dikendalikn dgn cara menindas @ berlaku diskriminasi, mana-mana pemegang shm berhak utk memohon perintah mhkmh – s181(1)
  • Mhkmh berhak mengeluarkn apa2 perintah yg bersesuaian sbg jln penyelesaian trhdp penindasan yg berlaku – s181(2) :

§ Mengarah @ mghlg apa2 transaksi

§ Mengatur tindakan masa dpn syrkt

§ Memperuntukan pembelian syer

§ Memperuntukn pmotongn trhdp modal syrkt

§ Memperuntukan pggulungn syrkt

  • Def. Penindasan

§ Scottish Co-operative Wholesale Society Ltd. Lwn Meyer : bebanan, slh laku & ksr

§ Re Jermyn Turkish Baths Ltd. : berlaku penindasan apbla pemegang syer mempunyai kuasa istimewa dlm syrkt

Keadaan yang Membolehkan Penggunaan s181(1)

1.    Tuntutan trhdp pemilik kuasa dominan dlm syrkt

§  Selain kuasa dominan melalui undi majoriti, trdpt juga melalui peruntukan memorandum

2.    Dakwaan serius yg melibatkn unsur2 penindasan

§  Alsn ketidaksefahaman x dipakai

§  Re Kong Thai Sawmills Sdn. Bhd.

3.    Tindakan yg didkwa beri ksn kpdnya sbg ahli

§  Re Chi Liung & Sons Ltd.

4.    Tindakan msh berlanjutan shgga petisyen dibuat

5.    Tindakan ahli2 dominan melalui prncgn mrk adlh utk kpntgn sndri & merugikn pemegang syer lain

§  Re Bright Pine Mills Pty. Ltd.

6.    Phk dominan menguruskn syrkt spt ia miliknya shj

§  Re HR Harmer Ltd.

7.    Penyalahgunaan kuasa undi

8.    Cubaan menyalahgunakn hrta ahli

9.    Hlgn menyertai pngrsn syrkt

10.  Ahli yg ditindas mstilh segera mmbuat petisyen

PRINSIP EJENSI DALAM SYARIKAT

Pembentukan Syarikat

  • Syarikat = Ahli2 + Pengarah2

Prinsip Ejensi – s135

  • Ejen – seorg yg diambil krja utk mmbuat sst bg phk ssorg @ mwkili ssorg dlm urusan dgn org ke-3 (DIUPAH)
  • Prinsipal – kpd siapa krja dilakukn (MENGUPAH)

Kuasa Ejen

Kuasa sebenar

  • Diberi melalui :

§  Peruntukan statut

§  Memorandum @ AP

§  Kuasa lmbga pngrh

§  Kontrak

  • Wjd dlm keadaan :

§  Kuasa sbnr scra nyata (express authority)

– dlm bntuk arhn prinsipal (syrkt) kpd ejen

– merujuk kpd bidg kuasa

§  Kuasa sbnr trsirat (implied authority)

– kbtln @ kebiasaan

– boleh dihadkan

  • Hbgn yg sah di sisi undg2 antara EJEN dgn PRINSIPAL melalui PERJANJIAN mrk

Kuasa zahir

  • X diberi scra nyata oleh prinsipal ttpi undg2 menganggap ejen memiliki kuasa trsbt
  • Timbul apbla :

§  Kenyataan prinsipal memberi gmbrn kpd phk ke-3 yg ejen mempunyai kuasa bertindak phknya

§  Phk ke-3 brgntung pd kenyataan trsbt utk memasuki sst kontrak

  • Kenyataan boleh jd melalui lisan @ perbuatan antranya :

§  Kbnrn prinsipal agr ejen mmgg sst jwtn

§  Kbnrn prinsipal kpd ejen utk melakukn apa2 tindakan yg melampaui kuasa biasanya

  • Hbngn yg sah di sisi undg2 antra PRINSIPAL dgn PHK KE-3 yg berkontrak melalui EJEN

Doktrin Persekatan (Estopel)

  • Seorg prinsipal dihlg drpd menafikan kuasa ejennya jika ejen bertindak di dlm bidang kuasa zahirnya
  • Perlu membuktikn :

i.        Kenyataan tntg kuasa ejen

§  Dikeluarkn oleh syrkt

§  Kuasa ejen melakukn prkra2 biasa dlm kddknnya

§  Watteau lwn Fenwick

§  Prbuatn prinsipal yg menunjkkn spt ejen ada kuasa utk brtindak

§  Freeman & Lockyer lwn Buckhurst Park Properties

§  Andaian phk ke-3 berkenaan kuasa ssorg ejen yg trlibat dgn kontrak x dpt digunapakai tnpa kenyataan drpd prinsipal (syrkt)

§  Dart Sum Timber Ltd. Lwn Bank of Canton Ltd.

§  Kenyataan trbuka/nyata oleh prinsipal bhw ejen bekuasa brtindak sedemikian

ii.        Kenyataan oleh phk yg berkuasa

§  Lembaga pengarah

§  Freeman & Lockyer lwn Buckhurst Park (Mangal) Ltd.

§  Mesyuarat agung

§  Sbrg kenyataan drpd ejen itu sndri x trpakai

§  Armagos lwn Mundagos SA

iii.        Kbrgntungan phk-3 trhdp pernyataan yg dibuat

Kaedah Urusan Dalaman (Indoor Management Rule)

  • Undg2 x mgkhndki org luar tahu @ ambil tahu tntg urusan dlmn ssbuah syrkt
  • Phk ke-3 brhak mengandaikn semua urusan dlmn @ peraturan dlm AP tlh dipatuhi (the rule in Turquant’s case)
  • Royal British Bank lwn Turquant
  • Kaedah ini x terpakai apabila :

§  Phk ke-3 tahu @ sepatutnya tahu bhw ejen x berkuasa

§  Howard lwn Patent Ivory Manufacturing Co.

§  Ssorg yg munasabah mencurigai kuasa ejen & mmbuat prtnyaan munasabah lalu mndpti ejen x brkuasa

§  Pemeriksaan memorandum @ AP jls mnnjukkn ejen x brkuasa