TRIVIA ISLAMIK 1

1)    Siapakah yang dikatakan wajahnya begitu mirip dengan Rasulullah SAW?

2)    Sahabat Nabi yang dikenali sebagai ‘Abu Masakin’ iaitu bapa orang miskin ialah…

3)    Berapakah jumlah malaikat yang memikul Arasy pada hari kiamat?

4)    Berapakah jumlah anak lelaki Nabi Yaakub termasuk Yusuf a.s?

5)    Berpandukan kisah dalam al-Quran, namakan suami yang mempunyai isteri yang tidak taat pada perintah Allah SWT.

6)    Dalam surah apakah peristiwa Rasulullah SAW berpaling daripada seorang lelaki buta direkodkan dalam al-Quran?

7)    Apakah surah yang jika dibahagikan jumlah ayat dalam surah itu dengan nombor surah, maka jawapannya ialah 2?

8)    Apakah perkaitan antara tiga perkara di bawah?

a.    Menenggelamkan sampan

b.    Membunuh anak kecil

c.    Menegakkan kembali dinding yang hampir roboh

9)    Apakah nama surah yang disebut dengan nama para nabi dan dirujuk kepada nabi?

10) Makhluk yang paling ringan seksaannya di neraka.

JAWAPAN

1)    Sayidina al-Hassan bin Ali, berdasarkan kata-kata Anas r.a. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

2)    Ja’afar bin Abi Talib.

3)    8 malaikat. Allah berfirman dalam surah al-Haqqah ayat 17 yang bermaksud, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.”

4)    11 orang.

5)    Lut a.s. & Nuh a.s.

6)    Abasa

7)    Surah al-Rum. (60 ÷ 30 = 2)

8)    Tindakan Khidir yang dipersoalkan oleh Musa a.s. akan kewajarannya.

9)    Yunus, Hud, Yusuf, Ibrahim, Muhammad, Nuh, al-Muzammil & al-Muddaththir

10) Abu Talib yang dipakaikan selipar daripada api.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s