SYAIR BUAT TEMAN SEPERJUANGAN

Khas buat teman-teman sekelas di Kolej Negeri Seremban 2, Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan). Hadirnya kalian mewarnai hidupku. Syukur pada Allah kerana mengizinkan pertemuan kita dan terima kasih pada semua atas kesudian menghulur salam persahabatan.

Salam diucap selamat datang,

Berkongsi kisah mari bertandang,

Kawan-kawan setiap seorang,

Banyak ragam tidak terbilang.

 Senyum manis berseri-seri,

Bila melatah lupa diri,

Orangnya arif bijak bestari,

Amirah Kamaruzaman nama diberi.

Manja-manja tersipu-sipu,

Pandai berjual meniaga maju,

Fesyen tudung bertukar selalu,

Farah Asyhikin memang begitu.

Pelajar akaun jiwa bahasa,

Pantang dicabar berdebat kata,

Farhana Dhamirah nama saya,

Mudah tersentuh cepat terasa.

Bila bersukan aktif sekali,

Saat ketawa merah pipi,

Muka brutal taman di hati,

George bergaya lelaki sejati.

Gelak mengekeh tersipu-sipu,

Lemah-lembut senyum selalu,

Hitam putih idaman kalbu,

Hasnina Ladina dialah itu.

Segak rupa berkaca mata,

Kuyu pandangan redup muka,

Suara mahal gaya skema,

Khairul Hazwan diberi nama.

Tekun bekerja bersungguh-sungguh,

Aktif bergerak rajin dan patuh,

Hati kawan dijaga sepenuh,

Lee Hong orang berpengaruh.

Serlah jiwang aura romantis,

Bicara kata penuh puitis,

Selalu diam tersenyum manis,

Azizul Yusof jejaka laris.

Kurang tinggi tapi bijak,

Gemar mengusik suka gelak,

Gaya selamba pandai mengajak,

Muhamad Syukri tetap segak.

Kreatif orangnya berjiwa seni,

Bila bersuara lantang sekali,

Tegap sasa bertubuh tinggi,

Jejaka bernama Muhamad Efendi.

Jelas tuturnya penuh keyakinan,

Berani bersuara dalam keramaian,

Jiwa tabah di perantauan,

Dia Fazella setiakawan.

Anggun sopan di balik purdah,

Tetap mesra menyapa ramah,

Walau diam bukan pengalah,

Nurul Hajar sinar muslimah.

Berkulit cerah keayuan asli,

Diamnya dia ada berisi,

Cekap belajar serba-serbi,

Pujiah orangnya selalu sendiri.

 Sopan-santun mengorak langkah,

Senyum menawan tampan menyerlah,

Kemas selalu orangnya ramah,

Dia lelaki bernama Asbullah.

Rambut ikal kemas terikat,

Gadis comel pandang terpikat,

Bijak bergaul ramai sahabat,

Dalam hati Azwin tersemat.

Selalu diam seribu bahasa,

Bukan bermakna tak pandai bicara,

Fasih Melayu dan juga Cina,

Dara bernama Farah Leng Nadia.

Baju kemeja selalu pilihan,

Sering gementar cakap di depan,

Tetap datang walau kelewatan,

Ferda Zaili penuh keazaman.

Kecil molek si gadis Sabah,

Dialek unik terus petah,

Ringkas orangnya tetap menyerlah,

Nama diberi Hariyanah.

Kecek Klate tidak tinggal,

Suruh bercakap tiada hal,

Dengar suara terus kenal,

Idris Yaacob timur asal.

Nama lain dipanggil lain,

Kecohnya bukan main,

Namun baik juga rajin,

Dialah Mariam Kaharudin.

Tinggi lampai si gadis ayu,

Manis senyum umpama madu,

Dalam diam tetap maju,

Marziana gadis pemalu.

Tentang berniaga serah padanya,

Ceramah panjang dia rela,

Tetap sabar senyum sentiasa,

Fahd Haron itulah dia.

Warna terang jadi kegemaran,

Kartun comel tak ketinggalan,

Latahnya dia jadi usikan,

Duhai Murnira si dara sopan.

Diam-diam memang pemalu,

Sopan-santun gadis Melayu,

Baju kurung pilihan selalu,

Azurawati tautan kalbu.

Lajunya cakap bak kereta api,

Bila menerangkan sepenuh hati,

Terkebil-kebil yang memerhati,

Farahin Ainuddin kawan sejati.

Orangnya ceria suka ketawa,

Saat peperiksaan bimbangnya dia,

Tekun belajar tak kira masa,

Siapa lagi tentulah Shazana.

Anggun menyerlah penuh keyakinan,

Kata orang bukan halangan,

Tekad hati penuh keazaman,

Azlina Ashar murah senyuman.

Loghat utara tetap pekat,

Dalam kelas memang ligat,

Cakap banyak mulut tak berat,

Fadhilah Noordin namamu terpahat.

Gaya ringkas selesa seadanya,

Kadang serius juga ceria,

Kurang bercakap senyumnya ada,

Itulah dia Nur Amalina.

Lemah-lembut gaya tutur,

Ayu gadis berbudi luhur,

Ekspresi wajah nampak jujur,

Hanis Syahirah namanya masyhur.

Rajin berbakti setia berkawan,

Berjiwa kental penuh kekuatan,

Usaha sendiri tuju kejayaan,

Itulah Hidayah tiada tandingan.

Bijak pandai otak geliga,

Baik budi ramah orangnya,

Boleh diharap berdaya usaha,

Dengan Nasihah takkan kecewa.

Mahal suara begitu pendiam,

Bukan bermakna dia tak faham,

Manis orangnya ringkas melaram,

Asilah Atikah seindah manikam.

Alis mata kilau menggoda,

Ringan mulut suka bertanya,

Lewat tiba tetap ada,

Ayu gadis si Nurul Akma.

Riuh-rendah pemecah sepi,

Hilai tawa wajah berseri,

Teman tak kira perempuan lelaki,

Farahin Sahrom nama diberi.

Gaya ringkas tak suka serabut,

Tetap tenang tak kelam-kabut,

Nampak kasar tapi lembut,

Nurul Faseha nama disebut.

Merah jambu pilihan kalbu,

Suka berdandan cantik selalu,

Bila melatah semahu-mahu,

Nurul Liyana si gadis ayu.

Kecil manis kurang bersuara,

Suka duka tetap bersama,

Tampil ringkas bersederhana,

Nurul Ba’yah diberi nama.

Gemar melaram gaya tersendiri,

Indah paras orangnya tinggi,

Kreatif berkarya ada seni,

Siti Naquiah nama bersemi.

Sangat peramah mudah berkawan,

Boleh percaya minta bantuan,

Kadang keliru bagi penerangan,

Suhairy Ismail dialah gerangan.

Bila ketawa tak ingat dunia,

Bergurau-senda selalu ceria,

Sesama kawan tidak berkira,

Cantik bergaya dialah Yusniza.

Inilah kisah teman pengajian,

Selalu sepakat seiringan,

Suka duka jadi kenangan,

Harap ikatan terus berkekalan.

 

 

One thought on “SYAIR BUAT TEMAN SEPERJUANGAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s