Pantun Untuk Pengantin

Dari Senawang pergi Seremban,

Orang ramai naik kereta;

Sudah bertunang sepasangan,

Doa sampai bersatu hendaknya.

 

Dari Kedah ke Negeri Sembilan,

Singgah Perak jumpa saudara;

Bila sudah jadi tunangan,

Selalu semak budi bicara.

 

Orang berinai memerah jari,

Duduk bersanding atas pelamin;

Sekarang bergelar suami isteri,

Bersama saling hidup berpimpin.

 

Cincin tersarung belah rotan,

Di jari manis elok letak;

Sama mengharung kehidupan,

Biar terguris jangan retak.

 

Taman Cempaka dan Alamanda,

Seberang saja tidak jauh;

Bila berdua berkeluarga,

Apa dugaan dapat ditempuh.

 

Taman Guru ke Taman Satria,

Berjumpa teman di tengahari;

Sudah temu dua keluarga,

Semoga aman bersatu harmoni.

 

Dari Perak pergi Ampangan,

Bawa kereta tidaklah laju;

Sudah tergerak hidup berpasangan;

Moga bahagia ke anak cucu.

 

Pergi kenduri beramai-ramai,

Naik kereta bukan sendiri;

Hidup berseri aman dan damai,

Sama terima saling memberi.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s