Titipan Buat Sahabat

Ingin ku sentuh hatimu

dengan bait rindu

dibayangi kasih berpadu.

Inginku capai tanganmu

menggenggam persahabatan

menggapai kebahagiaan.

 

Tiba-tiba

penghalang tanpa tembok menjelma.

Aku tersekat

tersepit memilih jalan

timur atau barat

perhubungan atau persahabatan.

 

Hati meronta dalam diam

akur demi masa hadapan.

Namun

tetap menyimpan harapan

dirimu dan diriku bersua berdakapan.

 

Duhai sahabat,

biar aku sepi

tak bererti aku lupa.

Biar aku menjauh

tak bermakna kau bersalah.

Kita tetap bersama

walau tidak bersua.

 

Teman seperjuangan,

wajahmu terpahat dalam sanubari

jelinganmu terbayang di mata

suaramu terdengar-dengar di telinga.

 

Bagaimana harus ku jelaskan

delima yang mencengkam.

Tak terbayar harga silaturrahim ini

enggan ku biar terputus.

 

Aku menyendiri

merasai kepedihan hati

menahan keperitan menelan kepahitan

ku hambur tangisan bersaksikan Tuhan.

 

Bukan salahmu

segalanya tersandar pada mahuku.

Getarnya jiwa

ku tari mata pena

biar basah lembaran dek air mata.

 

Aku sendiri memujuk diri

cuba memahami jalan yang ku pilih.

Buatmu,

ku titipka doa,

“ya Allah ya Rabbi, dia sahabatku.

Rahmatilah dia dengan keredhaan-Mu.

Ringankanlah kesusahannya seperti mana dia pernah meringankan kesusahanku.

Lindungilah aibnya seperti mana dia melindungi aibku.

Sesungguhnya kasih antara kami adalah anugerah indah daripada-Mu.

Amin”

2 thoughts on “Titipan Buat Sahabat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s