Archive | November 2012

Salam

Beribu salam disampaikan orang

buat yang dikenang

untuk yang tersayang.

Aku mengukir dengan papan kekunci

mengabadi salam buat yang diingati.

 

Salam tahniah

buat yang berjaya meneruskan pengajian.

Terus mengejar impian dalam medan pendidikan.

Menggapai sehabis tinggi menara yang ada

demi masa depan yang bercahaya.

 

Salam tahniah

buat yang berjaya menjadi suri hidup

penyeri  di samping yang dicintai.

Pelindung insan yang disayangi.

Membina keluarga.

Mencipta bahagia.

 

Salam tahniah

buat yang berjaya berkerjaya.

Melangkah dalam dunia baru.

Menongkah arus semasa untuk maju.

Prestasi terbaik diburu.

 

Salam tahniah

buat mereka yang berjaya mengharung hidup

dengan tabah dan kesyukuran.

Berusaha berdiri sendiri.

Di mana jua mahu berdikari.

 

Salam tahniah

buat mereka yang berjaya setia menjaga keluarga.

Berkorban usia dan masa

untuk ayah dan bonda juga saudara.

Membantu yang termampu.

Kudrat dikerah keringat diperah.

 

Salam tahniah

buat semua

kerana semua berjaya.

Selagi kenal siapa kita.

Advertisements
This entry was posted on November 6, 2012, in Sajak. 1 Komen