- Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati atau rasa rindu pada Allah yang membuat hati merana!
- Cipta hati yang stabil, asuh akal dengan muzakarah, suluh hidup dengan ilmu dan ikat jiwa dengan mahabbah.
- Satu-satunya jalan untuk anda mengatasi ketakutan adalah dengan terus melakukan perkara yang anda takuti itu.
- Jika anda tidak tahu apa yang perlu dibuat, buatlah apa yang anda tahu.
- Manusia yang berakal adalah manusia yang menerima dan meminta nasihat.
- Sebaik-baik kaya ialah kaya hati. Sebaik-baik bekal ialah takwa. Seburuk-buruk buta ialah buta hati. Sebesar-besar dosa ialah berdosa.
- Jika kabur dan sukar bagimu untuk membezakan apakah amal itu baik atau buruk, diredhai Allah atau dimurkai Allah, maka umpamakanlah sekiranya kau mati dalam mengerjakan itu, jika tak gentar menghadapi mati dalam mengerjakan itu maka kerjakanlah sebab itu sebagai tanda perbuatan itu hak dan benar.
- Kalian bebas untuk mengambil suatu jalan atau jalan yang lainnya tapi manusia tidak memiliki kemampuan untuk mengubah kejahatan menjadi kebaikan atau dosa menjadi kesucian.
- Melalaikan berzikir lebih buruk daripada zikir dalam kelalaian.
- Hati yang ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.
- Dunia hanya bernilai apabila dimanfaatkan untuk akhirat.
- Berhati-hatilah dengan dunia kerana halalnya dihisab, haramnya diazab.
- Terhalangnya hati daripada berdoa lebih malang daripada doa yang tidak makbul.
- Berusaha mencari cahaya lebih baik daripada terus menyumpah kegelapan.
- Dunia dicipta untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat.
- Marah itu mudah, sabar itu indah.
- Biar hilang teman kerana perjuangan tapi jangan hilang teman seperjuangan.
Archive | Disember 2012
Sentuhanmu
Dalam bayangan
masih terasa lembut sentuhan tanganmu.
Kadang menarikku ke pangkuan.
Kadang menggenggam erat.
Ku pejam mata
merindui
merasai hangat jemari itu.
Tersenyum sendiri.
Terdengar-dengar suaramu.
Indah senyumanmu
itulah yang pernah menemani saat-saat getirku.
Namamu persis isteri seorang nabi.
Lambang kesetiaan dan ketabahan.
Di tengah sahara mencari air
demi anak nan kehausan.
Aku seperti bayi itu.
Walau bukan di tanah gersang.
Aku kehausan sendirian
ketandusan kasih
Seizin Tuhan
sentuhanmu tiba menghakis hiba.
Aku senang menjadi bayangmu
mengekori ke mana saja.
Betapa indah
Bila bersama.
Sentuhanmu mengikat hatiku.
Biar ghaib wajahmu dari pandangan
semuanya sudah jadi kenangan
tapi
Pudar tiada persahabatan
kerana
sentuhan.
Kata Luka
Jiwa luka kerana kata
betapa tajam perkataan tak terbanding belati.
Seksanya lara
menanggung pilu setengah mati.
Oh, hati
mengapa diturutkan hati.
Badan merana jenuh meratapi.
Air mata belum kering walau luka berdarah tiada.
Sebak dalam dada.
Ke mana tuju hala
nak ku bawa rasa kecewa.
Luka akan sembuh.
Patah boleh tumbuh.
Pantun Negeri dalam Malaysia
Negeri Perlis Indera Kayangan,
Negeri Kedah Jelapang Padi;
Sudah tertulis dalam suratan,
Pelangi indah hujan tak jadi.
Negeri Perak Darul Ridzuan,
Pulau Pinang Pulau Mutiara;
Bukan disebak perpisahan,
Hati tak senang dipagut lara.
Kuala Lumpur ibu negara,
Negeri Selangor Darul Ihsan;
Mari dihibur hati nan lara,
Sama berlibur hilangkan bosan.
Negeri Sembilan Adat Perpatih,
Negeri Melaka kaya sejarah;
Jangan biarkan mata berputih,
Terus usaha tiada mengalah.
Negeri Johor paling selatan,
Negeri Pahang luas sekali;
Biar tohor wang kekayaan,
Tinggi menjulang budi pekerti.
Pantai timur negeri Kelantan,
Darul Iman itu Terengganu;
Sudah terlanjur perbuatan,
Buat pedoman sudah berlalu.
Negeri Sarawak Bumi Kenyalang,
Sabah negeri di bawah bayu;
Bukan ku hendak kasih menghilang,
Cinta berseri sudahpun layu.