Pontianak

Dunia hantu atau makhluk halus sememangnya tidak pernah jemu dikomersialkan melalui media elektronik terutamanya filem dan drama televisyen. Menonton beberapa buah filem mencetuskan perasaan saya ingin menulis tentang isu ini. Lebih spesifik lagi, saya tertarik akan salah satu jenis hantu yang paling popular, bukan sahaja dalam kalangan orang Malaysia malahan di peringkat antarabangsa iaitu pontianak.

Ya, pontianak atau dalam bahasa Inggerisnya ‘vampire’ amat dikenali seantero dunia. Apa yang menariknya, hantu jenis ini mempunyai kriteria yang berbeza mengikut manifestasi masyarakat yang berbeza. Dalam erti kata lain, pontianak Melayu misalnya tidak sama dengan pontianak orang putih. Pelik ‘kan? Tapi itulah realitinya.

Masyarakat Malaysia khususnya dalam kalangan orang Melayu mengekspresikan pontianak dalam rupa wanita. Dipercayai pontianak berasal daripada roh wanita mengandung mati dibunuh yang bergentayangan mengganggu dan menghisap darah manusia lain. Dikatakan juga pontianak ini boleh bertukar menjadi manusia semula apabila dipaku dan orang yang memaku pontianak tersebut akan menjadi tuannya.

Lain pula dalam masyarakat Barat. Pontianak wujud dalam bentuk lelaki dan perempuan. Mereka yang telah dihisap darah oleh pontianak akan bertukar menjadi spesies itu juga. Dipercayai bahawa kelemahan pontianak ini adalah cahaya matahari dan senjata berasaskan perak (silver). Terdapat juga kepercayaan lain seperti pontianak takut pada tanda salib, bawang putih dan api.

Arena perfileman telah menjadikan variasi kepercayaan ini sebagai satu modal menghasilkan aneka cerita sama ada dalam bentuk kelakar, seram mahupun aksi bagi menarik perhatian para penonton. Peredaran zaman turut menyaksikan revolusi kepercayaan itu sendiri. Sebagai contoh, ada cerita yang mengetengahkan pontianak yang mampu bertahan terkena cahaya matahari. Selain itu, ada juga ditonjolkan tidak semua pontianak itu jahat seperti Dracula kerana terdapat puak yang baik, tidak membunuh manusia sewenang-wenangnya.

Pelbagai idea kreatif menjadikan pontianak tidak hilang ditelan masa. Industri seni tanah air pernah digemparkan dengan kemunculan filem Pontianak Harum Sundal Malam. Tajuknya saja pada mulanya menimbulkan pertikaian. Namun, susulan filem ini banyak filem lain diterbitkan berasaskan genre serupa. Sampailah satu ketika itu, berlaku kebanjiran filem seram tempatan di layar perak. Tidak cukup dengan filem, drama televisyen dan telefilem juga turut membawa tema yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, kini sudah nampak keseimbangan. Saya menyanjungi karyawan tempatan yang memiliki misi tertentu tatkala menghasilkan cerita seram. Antara yang saya maksudkan adalah Afdlin Shauki. Beliau menonjolkan watak hantu dengan tujuan menghilangkan rasa takut masyarakat kita pada makhluk itu. Tak percaya? Cuba tonton filem Pontianak vs Orang Minyak. Pasti selepas itu anda akan faham maksud saya.

Saya juga sering terhibur dengan karya Mamat Khalid. Siapa yang tidak tahu filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah? Banyak dialog dari filem ini menjadi tagline ramai orang. Unsur humornya santai tetapi tetap ada mesejnya. Selain itu, Ahmad Idham juga bijak membawakan hantu ke dalam ceritanya dengan gaya tersendiri. Mungkin saya lari daripada tajuk Pontianak tetapi tak mungkin saya boleh lupa filem Jangan Pandang Belakang yang mendapat kutipan tinggi semasa ditayangkan beberapa tahun lalu.

Pada pemerhatian saya, pontianak di Hollywood cenderung diserlahkan melalui filem aksi dan thriller. Begitu juga dalam industri perfileman Hong Kong. Malah, pontianak menjadi fenomena dunia dengan kemunculan siri novel dan filem Twilight. Unsur percintaan yang diserapkan antara sebab kisah ini menjadi kegilaan ramai orang. Tidak kurang juga kerana pelakonnya yang cantik dan bergaya.

Filem antarabangsa lain yang menarik perhatian saya antaranya Underworld, Fright Night, Twins Effect dan Abraham Lincoln the Vampire Hunter. Filem-filem ini padat dengan aksi mendebarkan dan kisah percintaan menyentuh hati. Mampu memberi kepuasan kepada penggemar filem aksi seram.

Ya, pontianak ada macam-macam rupa mengikut tafsiran pelbagai masyarakat berdasarkan kepercayaan masing-masing. Dalam Islam hanya ada satu penjelasan iaitu syaitan yang mengganggu manusia supaya sesat. Nasihat saya, apa yang perlu ambillah sebagai pedoman dan selebihnya sekadar hiburan saja.

 

2 thoughts on “Pontianak

  1. Saya sangat meminati karya nenek kebayan. Satu ketika dulu saya ada banyak koleksi karya beliau.., malangnya apabila berpindah rumah koleksi2 tersebut hilang ke mana. Bolehkah saya dapatkan koleksi cerita seram tersebut??

  2. Kenapa selalu ini benda setiasa ada d hutan..mesti terserempak..gan benda ini..erm..lau kita terjumpa dan berdepan apa harus sya buat..Setiasa di atas pokok..Sangat menakut kn..
    Sya semalam gan isteri..bangun jam 2.30minit..sya teman kn isteri pergi cuci piring..lalu sya menrokok. .Sya Pandang sekeliling Sya ternampak dya d hujung sana..sya pandang spai tiga kali..punya panjang kain putih..lalu sya diam2..takut isteri sya ketakutan..ini bru kemarin semalam..sya ternampak..apa patuh sya buat..adakh sya diam2 jew..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s