Archive | Oktober 2013

Kasih Kawan

Khas buat seorang teman yang selalu berada di belakang ku…

Kasihku
Tiada sesuci embun pagi
Apatah lagi secerah mentari.
Hanya
Seharum cempaka di pohon tinggi
Penyeri taman sepi.
Akrab kita
Tidaklah serapat isi dengan kuku
Apatah lagi seintim pena dengan buku.
Hanya
Sesedap kopi ditambah susu.
Kita
Teman bukan biasa
Tidak juga istimewa
Tak selalu bersama
Namun
Ada kala berkongsi rasa
Senyum tawa mahupun tangis duka
Atau amarah derita.
Apa jua cerita terus menghiasi jalinan.
Kawan
Setiap kali terkenang dirimu
Doa ku kirim
Moga kau bahagia selalu
Tabah ceria walau apa yang berlaku.
Sememangnya aku tiada di sisi
Tapi Allah sentiasa menemani.

Advertisements
This entry was posted on Oktober 22, 2013, in Sajak. 1 Komen