Archive | November 2013

Pantun Mengubat Resah

Dari Senawang ke Seremban Dua,
Lalu Chedang pusing bulatan;
Apa dikenang membawa duka,
Bawa bertenang usah peningkan.

Orang Pendang orang Senawang,
Temu jodoh takdir Tuhan;
Hati tenang fikiran lapang,
Hidup penuh keberkatan.

Merah jambu warna jubah,
Butang di depan cantik sekali;
Apa mengganggu janganlah resah,
Ingatkan Tuhan damailah hati.