Grand Stand Suria: Sukan Santai

Saya bukanlah peminat setia mana-mana pasukan atau sukan tertentu. Malah suatu ketika dulu saya tak suka tengok berita sukan. Namun beberapa tahun kebelakangan ini entah kenapa berita sukan pula yang menarik perhatian.

Grand Stand Suria, segmen dalam Suria fm yang bersiaran pada hujung minggu memiliki sesuatu yang membuat saya berminat untuk terus mendengar. Juruhebahnya, Naim dan Wan Ajaib mempunyai gaya bersahaja. Santai dan menghiburkan serta informatif.

Sepanjang segmen ini, lagu-lagu pilihan agak berbeza daripada segmen lain. Bersemangat rasanya apabila mendengar lagu-lagu pasukan bola sepak setiap negeri seperti Hijau Kuning, Hobinh Jang Hobinh dan Puteri Santubong. Paling digemari tentunya lagu Harimau Malaya. Begitu juga Suara Generasiku dan Bangkit.

Ternyata Suria fm menepati tagline “Menceriakan Duniamu”. Moga terus sukses dengan barisan juruhebah yang komited dan segmen yang menarik.

“Berhati-berhati memandu kerana kami sayangkan anda…” Naim dan Wan Ajaib

One thought on “Grand Stand Suria: Sukan Santai

  1. Hi ixoramerah, Saya Naim dari SuriaFM (GrandstandSuria)

    Naim nak ucapkan ribuan terima kasih kerana memberi sokongan kepada SuriaFM terutamanya kami (Naim&Wan Ajaib) di GrandstandSuria.

    Kami cuba buat yang terbaik, menyampai kan berita sukan dalam keadaan yg amat santai dan yang penting hati hati memandu, kerana kami sayangkan anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s