Biar Aku Bernafas

Biarkan aku bernafas
dengan udara milikku
merasakan nikmat bahagia
tanpa desakan.

Biarkan aku bernafas
dengan iman jitu
walau banyak kekurangan
tapi keyakinan mengatasi segala.

Biarkan aku bernafas
kerana aku manusia makhluk-Nya
yang bukan milik sesiapa.

Hilang rasa gentar
saat kegundahan sekian lama dipendam kian memudar.
Enggan menoleh
kerana ini yang ku pilih.

Apa yang berlalu.
Apa yang telah tiada.
Tak guna disesali.
Tiap sesuatu ada harga nilainya
dan demi jiwa sendiri
ku rela begini.

Yang Maha Pemilik
ku serah segala.
Aku masih bernafas sejahtera
kerana Kau mengizinkannya.
Bukanlah ku dipandang bersebab kelebihan diri
tapi
kerana Kau menutupi kelemahan ku ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s