Archive | Disember 2014

Menahan Sakit

Sakit
teramat sakit.
Terasa lebih baik andai aku tidak tahu.
Namun
apa di depan mata
muncul menampak kebenaran
membongkar kisah.

Fitnah!
Itu yang dicampak ke arah ku.
Setelah sekian waktu ini
aku melindungi liku-liku cerita lalu
Rupanya
dia sewenang-wenang menghambur dusta
seperti menarik simpati lain.
Aku yang jadi hina.

Persetan!
Allah Maha Tahu.
Siapa aku.
Siapa dia.
Ku tahan sakit.
Berbekal iman tipis.
Mohon kekuatan
Duhai Allah Maha Besar.

Advertisements

Sekadar Itu

Bicara tanpa nama.
Senyuman tanpa makna.
Jujur
menghulur salam.
Hubungan tanpa kewajipan.
Sekadar berteman.

Sederhana.
Mungkin ini memadai
dalam lingkung waktu begini.
Kekal saja misteri.
Lebih selamat
tanpa perlu terasa
tanpa perlu apa-apa.
Sekadar ada.

Detik yang dikongsi
punya erti tersendiri.
Tetap sesuatu mengetuk pintu hati
tapi
biarkan saja berlalu pergi.
Sekadar itu.

Debaran Itu

Sekian lama

rasa itu tiada.

Bila muncul semula

aku jadi terpana.

Menahan debaran yang aku sendiri cipta.

Indah

memang indah.

Hanya

bukan mudah mempercayai diri lagi.

Melayani jiwa yang bergolak

membuat ketakutan menjelma.

Bukan pada dia

bukan pada sesiapa

tapi pada

AKU.

AKU yang menyakiti diri ini.

AKU yang zalim.

AKU yang ego.

Kala berperang menentang gelora

cuma Allah tempat ku sandar segalanya.

Debaran itu memang indah

tapi tidak mustahil

bertukar rupa kepada mimpi ngeri.

Duhai takdir

aku berserah.

Menuju Anugerah Juara Lagu 29

Tiga minggu berturut-turut telah berlangsung Separuh Akhir Muzik Muzik dan pada minggu terakhir, 12 buah lagu telah dipilih layak ke AJL 29.

Separuh Akhir 1

  1. Malaikat
  2. Dia yang Kau Pilih
  3. Roman Cinta
  4. Hilang
  5.  Si Putih Si Merah
  6. Akhiri Penantianku
  7. Gilalah
  8. Dunia dan Syurga
  9. Cinta Tak Pergi
  10. Masih Aku Cinta

Pada minggu pertama, lagu Masih Aku Cinta dipilih sebagai lagu terbaik. Saya akui persembahan Shila memang memukau. Lagu Dia yang Kau Pilih mempunyai aura tersendiri. Terbayang-bayang babak drama Menjinak Ombak. Walaupun vokalis gantian, Faizul membawa lagu ini dengan baik. tentu sekali suaranya berbeza daripada Shahir.

Separuh Akhir 2 

  1. Infiniti Cinta
  2. Kau Pergi Jua
  3. Percayalah
  4. Aku Juga Manusia
  5. Rindukanlah
  6. Arjuna Beta
  7. Gadis Jolobu
  8. Pasti Sempurna
  9. Ayuh Tinggalkan Dia
  10. Di Pintu Syurga
  11. Matahari

Di Pintu Syurga mendapat gelaran lagu terbaik. Lagu tema drama Ariana Rose ini memang menusuk jiwa dengan vokal unik Dayang Nurfaizah. Apapun, persembahan yang paling meruntun kalbu adalah daripada Fynn Jamal. turut terhibur dengan kerancakan Ayuh Tinggalkan Dia oleh Encik Mimpi.

Separuh Akhir 3

  1. Al Haq Yang Satu
  2. Cinta Makrifat
  3. Sesal Separuh Nyawa
  4. Rentak Laguku
  5. Lelaki
  6. Jodoh Berdua
  7. Mewangi
  8. Tak Pernah Berjumpa
  9. Apa Khabar

Terbuai dengan alunan duet Marsha Milan bersama Ronnie yang menggantikan Erra dan Awie. Persembahan yang dinantikan tentulah Joe Flizzow. Ternyata tidak mengecewakan. Lontaran suaranya jelas penuh kesungguhan dan keikhlasan.

Layak Ke AJL 29

  1. Matahari
  2. Malaikat
  3. Sesal Separuh Nyawa
  4. Rentak Laguku
  5. Gilalah
  6. Lelaki
  7. Apa Khabar
  8. Roman Cinta
  9. Gadis Jolobu
  10. Di Pintu Syurga
  11. Masih Aku Cinta
  12. Percayalah

Nampaknya, AJL yang bakal berlangsung dihiasi dengan pelbagai rentak muzik daripada balada, pop rock, hinggalah hip hop. Secara peribadi, saya menantikan persembahan lagu Apa Khabar. lagu-lagu lain juga memiliki kehebatan tersendiri. Semoga industri seni tanah air terus bergerak maju!