Jalinan Misteri

Hujan renyai-renyai

Tertitip doa di bibir

Saat ketakutan itu hadir

Aku berserah pada takdir.

Ada rasa yang sedayanya aku sembunyikan

Tapi

Tak dapat aku selindung sinar mata nan gembira

Ketika bersama.

Hanya

Aku biarkan saja tanda tanya berlegar

Tentang perasaan sebenar

Aku dan dia.

Mungkin akan kecewa

Andai pengharap ku letak padanya

Walau banyak juga yang dikongsi

Kerana belum pasti

Entah apa rahsia hati si lelaki.

Lalu

Ku bentangkan kanvas yang ku lukis doa.

Pada Yang Kuasa saja ku hambur segala.

Ku gemari kesungguhannya.

Ku hormati ketekunannya.

Ku sudi mendengar apa bicaranya.

Tiada tentang hati

Hanya tentang diri

Dan dunia.

Jalinan ini masih misteri.

Dalam menanti yang pasti

Aku selesa menemani

Biar seketika cuma

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s