Archive | Februari 2015

Pantun Kasih Bersemi

Langit malam dihias bulan,

Bulan separuh tampak terang;

Wajah terakam tak terlupakan,

Harap teguh kasih sayang.

Lampu jalan jingga warnanya,

Terang sederet malam hari;

Ingin berteman selamanya,

Jiwa terheret kasih bersemi.

Panas siang terik mentari,

Hangat malam berselang bayu;

Biar sayang sudah bersemi,

Masih suram  cinta kalbu.

Advertisements

Anggerik Ku

Anggerik

biar harum tiada

indahnya dipuja.

Bagai dirimu

duhai anggerik desa.

Kini

sudah disunting orang.

Moga kian molek mekar

di dalam taman arjuna.

Salam kasih rindu.

Kau tetap anggerikku.

Pantun Merindu

Daging lembu daging ayam,

Apit roti lembut gebu;

Datang rindu kala malam,

Dalam hati ingat selalu.

Sos cili sos lada,

Satu merah satu hitam;

Kot iri kot cinta,

Entah parah angau diam.

Putih putih si mayonis,

Jingga jingga si lobak;

Rindu kasih senyum manis,

Bila jumpa tak teragak.

Apron pakai topi pakai,

Tidak lupa basuh tangan;

Kenal usai rapat bagai,

Entah apa nama jalinan.