Syair Berkasih-Kasihan

Para pembaca baik budiman,

Inilah syair nak ku kisahkan,

Cerita tentang berkasih-kasihan,

Jua dipanggil bercinta-cintaan.

Darinya mata turun ke hati,

Bila dah suka rindu pun pasti,

Ingin berjumpa setiap hari,

Senyum si dia jadi penyeri.

Saat berjauh sering teringat,

Dua jiwa bagai terikat,

Raut wajah telah terpahat,

Di kala resah doa dipanjat.

Bukanlah cinta itu yang buta,

Hanya yang rasa dapat fahaminya,

Siapa dia terima seada,

Lebih dan kurang tampak sempurna.

Cinta dan kasih datang seiring,

Murninya sayang itu yang penting,

Selaut rindu tidak bertebing,

Tanda hubungan kuat berbenteng.

Andai ditakdir terus berpisah,

Usah disesal janganlah gundah,

Cinta abadi hanyalah Allah,

Redhalah takdir hidup ‘kan indah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s