Archive | Mei 2015

Kunci

Terus di sini

bukan sesuatu yang mudah.

Hampir setiap lorongnya

merobek luka.

Hampir setiap likunya

mengundang air mata.

Namun

ada yang menguatkan jiwa.

Saat derita menyapa

rasa insaf menjelma

sedar

kerana aku tak sempurna.

Yakin

akan kasih Yang Esa

bahawa tika segalanya

hilang

tika semuanya rebah

aku tetap ada-Mu.

Cinta-Mu yang menghadirkan ku.

Rahmat-Mu yang melindungiku.

Bila duka mengetuk hati

aku rela

andai itulah kunci mengingati-Mu…

Advertisements