Archive | Jun 2015

13 Ramadhan 1436

IMG-20150630-WA0000

Advertisements

12 Ramadhan 1436

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

..Nabi s.a.w bersabda: “Bersahurlah kalian, maka sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan.” -HR Bukhari & Muslim

11 Ramadhan 1436

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ.

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Manusia itu sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa (ketika masuk waktu berbuka)”

-HR Bukhari & Muslim-

10 Ramadhan 1436

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا.

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (apabila berbuka), dia mendapat seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa berkurangnya pahala orang yang berpuasa sedikitpun”

Abu ‘Isa berkata; “Ini merupakan hadits hasan shahih.”

-HR Tarmizi-

9 Ramadhan 1436 (2)

Hadis Nabi ;

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh musim luruh.(70 tahun)”

-HR Muslim-

9 Ramadhan 1436

Hadis Nabi ;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda: “Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum”.

(HR Bukhari)

7 Ramadhan 1436

Hadis RasulluLlah..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang menipu (dusta/tidak benar) dan membuat penipuan, Maka Allah tidak lagi berhajat akan beliau meninggalkan makan dan minumnya” (Menurut Al-Baidhowi, puasanya tidak diganjari pahala kerana dicampuri dengan perbuatan menipu)

-HR Bukhari-