Archive | Julai 2015

Hati

Ajaibnya hati

Adakalanya keras

Lebih keras daripada batu.

Adakalanya lembut

Mencair bak sungai mengalir.

Kadangkala suka

Cinta sepenuh jiwa.

Kadangkala benci

Amarah separuh gila.

Ajaibnya hati

Sakitnya sukar diubati.

Boleh hidup.

Bisa juga mati.

Mampu subur

Disemai benih tumbuh pohon

Bunganya mekar mewangi.

Andai tandus

Gersangnya kering tak disirami

Tiada guna biar dibajai.

Apa yang namanya hati

Memang misteri

Zahirnya seketul daging

Boleh ditukar ganti

Tapi

Belum tentu serasi.

Hakikatnya

Sihat hati

Baiklah tubuh.

Bersih hati

Tenanglah hidup.

Advertisements

Masih Sakit

Aku masih sakit

dalam hati

ada benci dan dendam

ada kesal dan marah.

Sakit ini

bukan seperti tumor

boleh dibedah lalu dibuang.

Bukan seperti kanser

bila kimo boleh berkurang sel-selnya.

Sakit ini

titik-titik hitam ghaib.

Andai dapat ku basuh dengan air mata ini

ku cuci semahunya.

Biar kering tangisan.

Allahu Rabbi

hanya Kau ku ada

dalam setiap nafasku..

27 Ramadhan 1436

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ رَحْمَةٍ أَنْزَلَ مِنْهَا رَحْمَةً وَاحِدَةً بَيْنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالْبَهَائِمِ وَالْهَوَامِّ فَبِهَا يَتَعَاطَفُونَ وَبِهَا يَتَرَاحَمُونَ وَبِهَا تَعْطِفُ الْوَحْشُ عَلَى وَلَدِهَا وَأَخَّرَ اللَّهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً يَرْحَمُ بِهَا عِبَادَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat. Daripada seratus itu, hanya satu yang Allah turunkan (di dunia ini) untuk jin, manusia, haiwan jinak dan buas. Maka dengan satu rahmat itu mereka saling mengasihi dan menyayangi, dan dengan rahmat itu juga binatang buas dapat menyayangi anaknya. Adapun sembilan puluh sembilan rahmat Allah yang lain, Allah tangguhkan buat para hambaNya (yang soleh) pada hari kiamat kelak.”

-HR Muslim-

26 Ramadhan 1436

Daripada ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah صل الله عليه واله وسلم telah memfardhukan zakat fitrah satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa daripada kaum muslimin dan diperintahkan untuk menunaikan sebelum keluar menunaikan sembahyang” (Riwayat Bukhari & Muslim)

~Bayar zakat sebelum Solat Sunat Aidilfitri~

22 Ramadhan 1436

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

“Di dalam syurga terdapat seratus tingkatan yang Allah sediakan bagi orang-orang yang berjihad di jalanNya. Jarak antara setiap dua tingkatan bagaikan antara langit dan bumi. Maka jika kalian meminta Allah, mintalah Syurga Firdaus. Sesungguhnya Syurga Firdaus adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi, di atasnya terdapat ‘Arasy Ar-Rahman, dan daripadanya sungai-sungai syurga memancar.”

-HR Bukhari-