Syair Kisah Merdeka

Inilah tuan saya nukilkan,
Bait dan baris datang lintasan,
Tentang Malaysia nan kemerdekaan,
Inilah tahun ke lima puluh sembilan.

Jalur Gemilang gelaran bendera,
Megah berkibar nan empat warna,
Putih bersih merah membara,
Biru berpadu kuning daulat tanda.

Negaraku namanya lagu,
Meniup semangat rakyat bersatu,
Bawah naungan Duli Tuanku,
Rukun Negara menambah jitu.

Bunga raya bunga kebangsaan,
Lima kelopak jadi perlambangan,
Rukun Negara yang ditetapkan,
Buat pedoman bawa keharmonian.

Malaysia tercinta teruslah maju
Teknologi terus memacu,
Dunia berubah tak seperti dulu,
Semua pantas tiada menunggu.

Lama berlalu berabad sudah,
Cerita merdeka jadi sejarah,
Muda-mudi hidup bermewah,
Tak kenal erti perang berdarah.

Kisah perjuangan dipandang sepi,
Sekadar foto tinggal memori,
Ramai memandang sikit menghayati,
Apatah lagi dapat merasai.

Sembang politik di sana sini,
Media sosial hebatlah lagi,
Lahirnya ramai wira papan kekunci,
Fitnah dan umpat tidak bertepi.

Marahkan parti benci pimpinan,
Usah negara jadi taruhan,
Tetaplah cinta teguh kepercayaan,
Inilah satu tempat kelahiran.

Ayuhai adik aduhai anak,
Janganlah leka mengikut hendak,
Fikir tiada mengikut benak,
Itu petanda akhlak nan rosak.

Merdeka itu ertinya luas,
Luar dan dalam tidak terbatas,
Andai fikiran sudah diberkas,
Tiada guna badannya bebas.

Merdeka kita terus merdeka,
Tanamkan benih rasanya cinta,
Akan mekar patriotik berbunga,
Moga Malaysia aman dan jaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s