Syair Pesan Kakak

Dengarlah adik kakak berpesan,
Di dalan hidup jangan kehanyutan,
Tuntutlah ilmu teguhkan iman,
Kelak langkahmu penuh pedoman.

Adikku sayang hidup berharga,
Elakkan sayang membuang masa,
Hargailah jam detik ketika,
Masa mudamu sebelum tua.

Jaga hatimu perbaiki akhlak,
Maksiat dosa teruslah elak,
Segera bertaubat andai terjebak,
Berputus asa sekali tidak.

Kuat semangat yakinkan hati,
Sabar dan hormat menabur budi,
Bangsa agama ibu pertiwi,
Di situ letaknya jati diri.

Wahai adik hidupmu panjang,
Usia mudamu usah dibuang,
Leka bermain cinta dan sayang,
Masa depanmu belum terbayang.

Dunia kini berlalu pantas,
Aduhai adik janganlah tewas,
Mudah terikut kau ‘kan terbabas,
Peluang kembali selagi bernafas.

Hidup di dunia mesti berilmu,
Supaya tidak senang tertipu,
Juga pendinding kenal Yang Satu,
Tabah menempuh jalan berliku.

Adikku sayang dunia pinjaman,
Jikalau leka kita kerugian,
Jadilah orang yang sedia bekalan,
Sebelum datang hari pembalasan.

Kakak berpesan demi mengingat,
Di dalam hati biar melekat,
Sebelum tiba hari kiamat,
Sama usaha tambah ibadat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s