Ku Rangkai Doa

Keterbiasaan sendirian membuat diri berasa sentiasa mampu hadapi apa jua.
Keyakinan membisik bahawa Tuhan sentiasa ada
dan aku baik-baik saja.
Tiba satu ketika
ditakdirkan aku rebah.
Aku tengadah.
Dalam perit
Ada tangan yang menarik
Suara gemersik bagai azimat menghembus semangat.
Tangis yang ku sembunyi bukan kerana kesakitan tapi lebih kerana keharuan.
Sebak yang ku simpan tidak kerana kelukaan tapi kerana penghargaan.
Saat kalian membantu
Terasa suara hati bicara
“Kau tidak sentiasa keseorangan. Kau bukan sentiasa kuat. Ada ketika, kau tetap perlukan sokongan. Hidupmu luas dan kau berhak memgisinya dengan teman-teman.”
Tiada istilah asing.
Pintu terbuka ruang tersedia.
Lalu ku sambut tangan merelakan bantuan.
Aku
yang betah dengan dunia ku sendiri
tetap akur tatkala diajar alam
bahawa hidup ku lebih bererti
diisi kisah segar bersama teman baru.
Tuhan mengajar dengan aneka cara.
Aku menerimanya
melalui kelelahan diubat senyuman dan gurauan.
Melalui kesakitan ditawar oleh ujaran semangat dan bicara azimat.
Sehingga saat jemari ini menari
Kaca berkaca di mata enggan berhenti.
Usah ditanya mengapa aku begini.
Cuba ku rungkai misteri hati.
Hanya ku rangkai doa
moga Tuhan merahmati
setiap senyuman yang menyambut.
Setiap tangan yang memaut.
Setiap suara yang bersama.
Setiap wajah yang menyapa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s