Archive | Oktober 2016

Syair Tentang Hati

Al kisah hati nak ku cerita,
Aneka ragam pelbagai rasa,
Hati kurniaan Tuhan Yang Esa,
Penentu baik buruk jasadnya.

Mulanya hati suka dan sayang,
Berlalu masa seakan hilang,
Bencilah pula datang bertandang,
Langsung ditinggal tiada dikenang.

Pernah pula hati menyampah,
Serasa buat endah tak endah,
Sekian lama mula berubah,
Itulah jadi penawar gundah.

Betapa hati berbolak-balik,
Terkadang kita menjadi ralit,
Keliru pilih buruk dan baik,
Kembali berserah kepada Khalik.