Pantun Bakti

Seremban Dua ke Bukit Putus,
Jalan lama berliku-liku;
Berbudi kita sepenuh tulus,
Selama-lama dikenang selalu.

Akar berakar pepohon besar,
Daun menghijau jadi peneduh;
Ajar diajar bersusah dan sukar,
Kelak tak risau manapun berlabuh.

Berarak awan langit membiru,
Terik mentari kian meninggi;
Sesama teman saling membantu,
Menabur bakti penenang hati.

Deras mengalir airnya jeram,
Ulu Bendul nama diberi;
Jauhi kikir apa lagi dendam,
Niat betul hidup diberkati.

Gunung Angsi berdiri megah,
Terkenal nama merata-rata;
Andai hati berasa resah,
Mungkin tanda rindu menyapa.

*sempena trip Gunung Angsi bersama Northern Hikers Community (NHC) pada 14 Januari 2016*

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s