Pantun Agama

Asmaul husna nama nan indah,

Yang terkira sembilan puluh sembilan;

Iman di dada tinggi rendah,

Doalah senjata mohon teguhkan.

 

Alunan Quran memecah sepi,

Tajwid dan makhraj eloklah jaga;

Tiada insan hidup abadi,

Datangnya ajal pergilah jua.

 

Pakai telekung berbunga-bunga,

Solat Maghrib awal waktu;

Hidup beruntung buat pahala,

Akhirat kelak syurga menunggu.

 

Selendang labuh menutup aurat,

Baju longgar selesa dipakai;

Biar bersungguh dalam ibadat,

Sunat disasar wajib tak abai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s