Pantun Berkait (Iman Mekar)

Terbang rerama mencari bunga,

Bunga mewangi di dalam taman;

Tenang bersama menyemai cinta,

Cinta abadi kepada Tuhan.

 

Bunga mewangi di dalam tamn,

Taman Tasik di tengah bandar;

Cinta abadi kepada Tuhan,

Hidup terusik takkan tersasar.

 

Taman Tasik di tengah bandar,

Masjid Negeri seberang jalan;

Hidup terusik takkan tersasar,

Sabar mencari hikmah tauladan.

 

Masjid Negeri seberang jalan,

Jalan besar sibuk selalu;

Sabar mencari hikmah tauladan,

Iman mekar menghapus ragu.

 

Jalan besar sibuk selalu,

Lampu isyarat ada di simpang;

Iman mekar menghapus ragu,

Dugaan berat bukan penghalang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s