Pantun Mengenang Musibah (Penerbangan MH)

Langit kelam seri tiada,

Bulan bintang telah menyepi;

Rasa suram menambah hiba,

Orang tersayang dahulu pergi.

 

Awan mendung langit kelabu,

Berarak pergi mengikut angin;

Tak terbendung rasa rindu,

Separuh hati membeku dingin.

 

Layu cempaka gugur ke tanah,

Hilang bau tidak berseri;

Malapetaka dating menyinggah,

Beritahu kuasa Illahi.

 

Debu kering berterbangan,

Turun hujan hilang segala;

Kita sering bercakaran,

Tiba dugaan bersatu semua.

 

Bayu terhenti kala malam,

Pungguk tiada sepi sahaja;

Tinggal memori tidak padam,

Dipanjat doa pohon bahagia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s