Pantun Rukun Iman

Anak ikan di dalam kolam,

Ikan tilapia jadi belaan;

Rukun iman ada enam,

Teguh percaya tanda keislaman.

 

Seri taman melur desa,

Wangi berbau putih menyerlah;

Allah Tuhan Maha Esa,

Tiada sekutu layak disembah.

 

Pisang sesikat di atas para,

Enak rasanya dibuat pengat;

Banyak malaikat tidak terkira,

Sepuluh nama patut diingat.

 

Harum mewangi si mawar merah,

Hiasan jambangan di ruang tamu;

Rasul dan Nabi utusan Allah,

Pembawa ajaran agama satu.

 

Mentari malap petang hari,

Malam menyusul mengambang bulan;

Empat kitab wahyu suci,

Taurat Zabur Injil dan Quran.

 

Kilat bersabungan langit hiba,

Terang cahaya langit dibelah;

Hari pembalasan pasti tiba,

Syurga neraka penamat kisah.

 

Bunga segar di dalam pasu,

Pasu berukir buatan tangan;

Qadak qadar sudah ditentu,

Terima takdir penguat iman.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s