Pantun Rukun Islam

Dari jeram sampai muara,

Biru lautan indah nyaman;

Rukun Islam lima perkara,

Tunggak amalan tanda iman.

 

Kuala Kedah letaknya jeti,

Langkawi indah pulau pilihan;

Ucap syahadah dari hati,

Bersaksi Allah dan Nabi utusan.

 

Pucuk putat daun jambu,

Banyak gunanya tidak terkira;

Wajib solat lima waktu,

Tiang agama kukuh dibina.

 

Tanjung Rambutan pekan lama,

Bandar Diraja Kuala Kangsar;

Puasa Ramadhan sebulan cuma,

Menyubur takwa juga sabar.

 

Berkembang mekar jejarum kota,

Meninggi tidak dijaga orang;

Zakat dibayar menyuci harta,

Sifat tamak dapat dibuang.

 

Negeri Sabah banyak tarikan,

Dapat gelaran Di Bawah Bayu;

Haji di Mekah jadi tuntutan,

Tiada alasan buat yang mampu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s