Pantun Berkait (Jodoh Bukan Jodoh)

Kalau masak katakan masak,
Menguning betik tidak berdahan;
Kalau hendak katakan hendak,
Dah dipetik orang disesal jangan.

Menguning betik tidak berdahan,
Setangkai ciku masaknya wangi;
Dah dipetik orang disesal jangan,
Sebelum begitu jadilah berani.

Setangkai ciku masaknya wangi,
Masam rasanya mempelam muda;
Sebelum begitu jadilah berani,
Tolak terima hadapkan saja.

Masam rasanya mempelam muda,
Durian tembaga isi kekuningan;
Tolak terima hadapkan saja,
Cinta manusia bukan paksaan.

Durian tembaga isi kekuningan,
Tembikai merah disimpan dingin;
Cinta manusia bukan paksaan,
Tepuk sebelah berlawan angin.

Tembikai merah disimpan dingin,
Lemon bukan buah tempatan;
Tepuk sebelah berlawan angin,
Langkah ke depan dengan senyuman.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s