Pantun Berkait (Teguh Iman)

Angin petang sepoi bahasa,

Daun kelapa melambai-lambai;

Hati tenang syukur sentiasa,

Ikhlas jiwa budi disemai.

 

Daun kelapa melambai-lambai,

Langit biru keputih-putihan ;

Ikhlas jiwa budi disemai,

Hanya Yang Satu letakkan iman.

 

Langit biru keputih-putihan,

Kian terbenam mentari petang;

Hanya Yang Satu letakkan iman,

Lima dan enam rukun dipegang.

 

Kian terbenam mentari petang,

Sana-sini burung berkicau;

Lima dan enam rukun dipegang,

Teguh rohani tiadalah risau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s