Archive | Jun 2018

Pantun Aidilfitri

Padang Serai ke Pasir Puteh,

Malam hari dingin terasa;

Cinta disemai setulus kasih,

Lebaran kini hampirlah tiba.

 

Kampung Telosan nama diberi,

Pasir Puteh pekan terdekat;

Salam utusan Aidilfitri,

Jalinan kasih semakin erat.

 

Lautan kabus di Titiwangsa,

Tasik Banding kehijau-hijauan;

Tidak tertebus segala dosa,

Tetaplah saling bermaaf-maafan.

 

Pulut Papulut di Gerik terletak,

Gunung rimba semula jadi;

Cerita menyebut biar beragak,

Hari raya dosa tak meninggi.

 

Lalu Permatang Kerat Telunjuk,

Tempuh Serdang sebelum Terap;

Baik dikenang ketepi yang buruk,

Syawal sebulan berkat diharap.

Advertisements