Seberang Sempadan

Seberang sana ada kucing dan tikus.

Dipisah laut berombak arus.

Langit berhias awan putus-putus.

Sebelah sini duyung kaku bersuara halus,

“Aku diperdagang lalu dipamerkan

mungkin aku lambang keajaiban

atau sekadar tanda kemegahan

sedang aku hanya ciptaan.”

Bumi beraja yang tak pernah dijajah

melainkan jejak duta bernama gajah.

Tiada bernegeri tetapi berwilayah.

Naga air menembusi tanah.

“Dalam dongeng berisi semangat

diiringi budaya aku diangkat.

Tanah, air, api dan udara sejagat.

Simbol alam nan sentiasa terikat.

Sempadan tiada berpagar.

Ringgit ke Baht bertukar.

Hukum dunia sudah terajar.

Hanya manusia yang tegar.

*Kembara Hatyai November dalam kenangan*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s