Archive | Februari 2019

Pantun Nasihat (Jaga Diri)

Epal merah manis rasa,
Kala pagi enak dimakan;
Elok tegah sebelum kena,
Payung dibeli sebelum hujan.

Kopi susu masih hangat,
Waktu pagi terasa segar;
Sama bantu namanya sahabat,
Jangan padi dimakan pegar.

Makan telur dengan roti,
Roti serat lembut di tengah;
Cakap jujur dari hati,
Bohong sunat tiada istilah.

Air buah ambil segelas,
Sejuk segar manis masam;
Ada tuah budi dibalas,
Sudah terajar adat resam.

Advertisements