Senyuman Yang Hilang 2

Matanya dipejamkan. Rehat; itu yang diperlukannya. Seharian dia sedayanya menyibukkan diri di tempat kerja. Tentu mudah saja untuk dia lekas terlena. Sepatutnya.

“Ruby….Ruby…bukalah pintu ni..!”

Terus celik matanya. Kencang degupan jantung hanya Tuhan yang tahu. Dia tidak terus bangun. Hanya duduk menyandar ke dinding sambil tangan memeluk kaki.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Cahaya dari ruang tamu menerpa masuk menerangi bilik yang tadinya gelap.

“Ruby, esok kau kerja tak? Eh, maaf! Terlupa nak ketuk dulu”

Sepi seketika.

Jasmine di muka pintu berasa pelik melihat rakan serumahnya bagai terperosok di sudut bilik. Boleh didengar bunyi nafas seperti tertahan-tahan. Suis lampu ditekan. Terang.

“Kau ok tak? Sorry, aku kejutkan kau.” Jasmine mendekat lalu duduk di birai katil.

Ruby masih begitu. Kian bimbang Jasmine apabila temannya tidak memberi respon sebaliknya terus merenung ke arah pintu bilik tanpa berkedip.

“Ruby…” Dipanggilnya lagi sambil menyentuh tangan Ruby.

Ruby tersentak.

“Ada orang kat luar ke? Ada orang datang ke?” Nada Ruby berbaur takut.

“Tak ada. Dari tadi aku tengok TV kat depan. Tak dengar apapun.”

“Aku dengar dia panggil aku, ketuk-ketuk pintu depan.”

Berkerut dahi Jasmine. Ditenungnya mata Ruby tepat. Sentuhan tangan dieratkan.

“Tak ada sesiapa. ‘Kan pagar dah berkunci. Kau sebenarnya masih fobia.”

Ruby cuba bernafas dengan normal. Lelehan air mata kelihatan jua diikuti batuk-batuk dalam sebak. Jasmine memujuk.

“Aku tahu, susah kau nak lupakan dia. Bertahun-tahun stuck dengan orang psiko macam tu. Rasanya elok kalau kau pergi tempat lain sekejap. Ambil cuti, balik kampung atau ke mana saja yang boleh tenangkan kau.”

Ruby mengesat air mata. Cuba dikuntumkan senyuman manis.

“Kau ingat aku ni macam watak anak orang kaya dalam drama ke? Setiap kali frust pergi luar negara.” Balas Ruby dalam sisa esaknya.

Mereka tergelak.

*************

“Seri?”

Seri menoleh ke arah suara yang memanggilnya; seorang gadis Cina berbaju kurung.

“Awak Seri, ‘kan? Kawan baik Ruby, I mean Rabiatul masa di IPT?”

“Ya, saya…” Seri menjawab dengan nada penuh persoalan.

“Saya Jasmine, kami housemate. Was housemate. Saya yang contact Seri. Arwah pernah tunjuk gambar Seri. Selalu juga sebut nama Seri setiap kali cerita kisah-kisah zaman belajar. Dia ada cakap, dia nak pergi jumpa Seri. Lepaskan rindu, katanya.”

Jasmine tunduk. Cuba mengawal perasaan. Suatu ketenangan dirasai tatkala Seri merapatinya. Mereka berkongsi tangis sebagaimana mereka berkongsi teman baik yang sama.

Bayu lembut membawa wangian bunga kemboja putih yang banyak di sekeliling tanah perkuburan itu. Kedua-duanya terbayang senyuman Rabiatul Adawiyah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s