Archive | September 2019

My 10 Energetic, Mood-Booster Hindi/Punjabi Workout Songs

At first, I thought I would like to write an article about this but then I changed my mind. Who want to read explanations, right? Just give them the list :

  1. Ude Dil Befikre – Benny Dayal
  2. Bom Diggy – Zack Knight & Jasmin Walia
  3. Cheez Badi – Udit Narayan & Neha Kakkar
  4. High Rated Gabru – Guru Randhawa
  5. High Heels Te Nachche – Meet Bros ft. Jaz Dhemi & Aditi Singh
  6. Toh Dishoom – Raftaar & Shahid Mallya
  7. Dhadang Dhadang – Wajid & Shreya Goshal
  8. Suit Suit – Guru Randhawa ft. Arjun
  9. Let’s Break Up – Amit Trivedi & Vishal Dadlani
  10. Cutiepie – Pradeep Singh Sran & Nakash Aziz

Of course I’m a kind of person that move on to the new level of Hindi/Punjabi music. These songs were less than 10 years old. No typical evergreen soundtrack from typical movie with typical actors. There’s even non soundtrack song.
So, enjoy the beat! Feel good and sexy!

Jalang

Kau bilang dia jalang,
Raih lelaki sini-sana,
Dia sundal kalah jembalang,
Rosak hina tak guna.

Kau kata dia murahan,
Bertanda harga sedia dibeli,
Ratu nafsu persinggahan,
Pisau cukur kaki joli.

Bagai buah dah ditebuk,
Bohsia lagi baik kau bilang,
Sudah layu jatuh tersepuk,
Tunggu kutip yang lalu-lalang.

Bak musang terlepas habuan,
Hati tisu itulah engkau,
Salah orang dibesar sebarkan,
Sedang diri dilanda sasau.

Disangka dia kau miliki,
Umpama tuan kuasai tanah,
Lupa hakikat dia punya naluri,
Bangkit merdeka enggan dijajah.

Bawalah pergi ego yang tercalar,
Berlagak mangsa persis Gerimis Mengundang,
Entah berapa burung nak disangkar,
Dia mungkin jalang tapi kau lebih malang.

5 vs 5; Produk vs Gaya Hidup

5 keadaan berkaitan kesihatan yang membuat kebanyakan daripada kita mencari “produk” :

  1. Tubuh rasa lesu
  2. Seks/produktiviti
  3. Rasa kulit tidak cantik
  4. Rasa gemuk atau terlalu kurus
  5. Penyakit (diabetes, darah tinggi dll)

Perasan atau tidak, perkara-perkara di atas antara modal pengasas dan penjual produk yang dikategorikan sebagai makanan sahaja tetapi dipromosi mengalahkan ubat.
Daripada menghabiskan duit anda untuk produk sampah, cuba renungkan kembali gaya hidup sendiri. Sebenarnya, bukan produk yang kita perlukan tapi:

  1. Rehat
    Bekerja di luar mahupun di rumah, rehat adalah kemestian. Waktu tidur yg konsisten dan cukup, persekitaran yg selesa, amat membantu.
  2. Makan
    Apa perlunya produk “makanan tambahan” kalau kita sendiri dah terlebih-lebih makan? Semak kandungan makanan harian; gula, garam, fiber, karbohidrat, protein. Kita adalah apa yg kita makan ‘kan? (We are what we eat).
  3. Senaman
    Buang anggapan bahawa senaman hanya untuk mereka yang nak kurus atau nak bina badan sahaja. Senaman keperluan untuk semua. Rutin harian seperti naik turun tangga, mengemas rumah adalah bagus tapi bukanlah senaman sebenar. Peruntukkan sedikit masa untuk aktiviti fizikal yg benar-benar anda beri tumpuan padanya.
  4. Kesihatan mental
    Perkara yg selalu terlepas pandang. Fizikal ok, mental tak semua ok. Depresi, masalah keyakinan diri, sememangnya tidak boleh selesai dengan produk apatah lagi bomoh. Rujuklah mereka yg bertauliah.
  5. Qanaah
    Kebanyakan perkara yang dirasakan seperti masalah besar sebenarnya bukanlah masalah pun tapi kemahuan diri yang selalu berasa serba tak cukup. Dah genetik kulit sawo matang, nak putih mcm org Korea tu apa jadahnya? Qanaah yakni berasa cukup amat membantu kita menghadapi hidup serba mencabar. Ditambah pula dengan rasa syukur.

Saya bukan doktor, dietitian atau siapa-siapa pun. Sekadar berkongsi pandangan dengan harapan generasi saya tidak diperbodoh dan dimomokkan oleh mereka yang suka buat duit atas keterdesakan orang.
Maklumat amat mudah didapati zaman sekarang. Pastikan anda dapat maklumat yang betul, percaya apa yang benar dan amal atau elak apa yang perlu. Bukan main ikut membabi buta.