Arkib

Pantun Teka-Teki (Surah Al-Quran 3)

Ambil tempurung bakar sabutnya,

Dekat perigi jadikan geluk;

Mohon berlindung daripada bencana,

Bahaya dengki kejahatan makhluk.

 

Awan larat corak bungaan,

Ukiran kayu tahannya lama;

Empat ayat teguh keesaan,

Tiada sekutu tiada yang serupa.

 

Jalan tersekat rimbunan berduri,

Semak nan tebal tumbuh rapat;

Kisah laknat Abu Lahab dan isteri,

Harta ditinggal nerakalah tempat.

 

Langit cerah kebiru-biruan,

Rendang berdiri pohon merimbun;

Bantuan Allah bawa kemenangan,

Tasbih dan puji mohonlah ampun.

 

Advertisements

Pantun Teka-Teki (Surah Al Quran 2)

Mari dikerat batang halia,

Air rendaman buat minuman;

Enam ayat menyebut manusia,

Bisikan hasutan mohon perlindungan.

 

Tinggi tinggi Gunung Kerinchi,

Terpendam bahaya Rinjani berlurah;

Pengumpat pengeji juga pencaci,

Diancam neraka Al-Huthomah.

 

Belum pudar warnanya benang,

Biru merah masih sekata;

Usai sukar datanglah senang,

Janji Allah benar semata.

 

Berdiri gagah si Gunung Tahan,

Berhari diredah walau sehala;

Langit terbelah kuasa Tuhan,

Ayat Sajadah penambah pahala.

 

Tanah runtuh menutup gua,

Pohon nangka menimpa pagar;

Tiga tujuh dikali dua,

Surah cerita neraka Saqar.

Pantun Teka-Teki ( Surah Al-Quran)

Tiada berkarat cermin kaca,

Letak bersusun bertentang kiblat;

Tujuh ayat diulang baca,

Dialah rukun dalam solat.

 

Mawar biru di dalam raga,

Segar baru belum layu;

Ayat satu dua tiga,

Nama rasul penyampai wahyu.

 

Buahnya merah lobi-lobi,

Di dalam bekas buat manisan;

Kumpulan kisah para nabi,

Api yang panas doa sejukkan.

 

Bunga orkid tiada berdahan,

Mekarnya lama akar selerak;

Tentang tauhid dan kuasa Tuhan,

Nasihat bapa kepada anak.

 

Kain kapas dibuat alas,

Hadiah saudara dari Tuaran;

Hukum jelas lagi diperjelas,

Berita gembira juga amaran.

Al Muthaffifin

Surah Al Muthaffifin
– surah ke-83 dlm Al Quran
– ada 36 ayat
– muthaffifin (golongan yg curang/penipu timbangan)
– cerita tntg segolongan manusia yg menipu timbangan terhadap org lain tapi apabila dia berurusan, dia enggan ditipu
– Sijjin (kitab catatan amal org yg berdusta)
– Illiyyun (kitab catatan amal org yg berbakti)
– akan tiba hari pembalasan di mana org2 beriman diberi nikmat manakala org2 kafir dibalas azab

Pengajaran drpd Surah Al Hujurat

Segala isi Al Quran sentiasa relevan sepanjang zaman. Surah ke-49 dgn 18 ayat ini amatlah sesuai dgn situasi terkini. Soal fitnah, keganasan dan penghinaan terhadap agama.

Pengajaran drpd Surah Al Hujurat (Bilik-bilik)

1. Beradab dgn Nabi SAW (ayat 1-5)

2. Menyiasat terlebih dahulu apabila menerima sst berita sblm menghakimi seseorang/sst pihak (ayat 6)

3. Mengikut agama dgn benar adalah satu nikmat yg Allah kurniakan kpd org beriman; berasa iman itu indah manakala kekafiran dan fasik dibenci (ayat 7-8)

4. Mendahulukan perdamaian berbanding perang (pergaduhan) kecuali pihak tersebut zalim tapi setelag mrk mendapat petunjuk (insaf), mestilah kembali berdamai krn mukmin bersaudara semuanya (ayat 9-10)

5. Jgn menghina, mencela atau memberi gelaran buruk kpd org lain krn mungkin mrk jauh lbh baik (ayat 11)

6. Jgn berprasangka buruk, sengaja mencari-cari kesalahan org dan mengumpat (ayat 12)

7. Saling kenal dan memahami walau berbeza bangsa. Allah menilai melalui takwa bukan asal usul (ayat 13)

8. Mukmin sbnr beriman kpd Allah dan Rasul, yakin dan berjuang menggunakan harta serta jiwanya di jln Allah (ayat 14-15)

9. Bukan kita yg menyelamat/menaikkan Islam sebaliknya Islam dan iman iu penyelamat serta nikmat buat kita (ayat 16-17)

10. Allah Maha Mengetahui (ayat 18)