Arkib

27 Ramadhan 1436

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ رَحْمَةٍ أَنْزَلَ مِنْهَا رَحْمَةً وَاحِدَةً بَيْنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالْبَهَائِمِ وَالْهَوَامِّ فَبِهَا يَتَعَاطَفُونَ وَبِهَا يَتَرَاحَمُونَ وَبِهَا تَعْطِفُ الْوَحْشُ عَلَى وَلَدِهَا وَأَخَّرَ اللَّهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً يَرْحَمُ بِهَا عِبَادَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat. Daripada seratus itu, hanya satu yang Allah turunkan (di dunia ini) untuk jin, manusia, haiwan jinak dan buas. Maka dengan satu rahmat itu mereka saling mengasihi dan menyayangi, dan dengan rahmat itu juga binatang buas dapat menyayangi anaknya. Adapun sembilan puluh sembilan rahmat Allah yang lain, Allah tangguhkan buat para hambaNya (yang soleh) pada hari kiamat kelak.”

-HR Muslim-

26 Ramadhan 1436

Daripada ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah صل الله عليه واله وسلم telah memfardhukan zakat fitrah satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa daripada kaum muslimin dan diperintahkan untuk menunaikan sebelum keluar menunaikan sembahyang” (Riwayat Bukhari & Muslim)

~Bayar zakat sebelum Solat Sunat Aidilfitri~

22 Ramadhan 1436

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

“Di dalam syurga terdapat seratus tingkatan yang Allah sediakan bagi orang-orang yang berjihad di jalanNya. Jarak antara setiap dua tingkatan bagaikan antara langit dan bumi. Maka jika kalian meminta Allah, mintalah Syurga Firdaus. Sesungguhnya Syurga Firdaus adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi, di atasnya terdapat ‘Arasy Ar-Rahman, dan daripadanya sungai-sungai syurga memancar.”

-HR Bukhari-

20 Ramadhan 1436

عن عَبْدِ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ رضي الله تعالى عنه قَالَ: “قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَاأَيُّهَا النَّاسُ» أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعَمُوا الطَّعَامَ وَصَلُوا الْأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ……..”

Yang bermaksud: “Daripada Sayyidina Abdullah bin Salam RA berkata, Baginda Rasulullah SAW bersabda: Wahai Manusia! Sebarkanlah Assalam…. Hubungkan silaturrahim, menjamu orang untuk makan, bersolat lah (qiyam) diwaktu malam ketika manusia sedang lena, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera….”

(HR. Imam Tirmidzi)

19 Ramadhan 1436

Hadis Nabi ;

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kalian saling memarahi, saling mendengki, saling membelakangi, dan jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara.Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutus hubungan dengan saudara muslimnya lebih dari tiga hari.”

-HR Muslim-