Arkib

14 Ramadhan 1436

14 RAMADHAN 1436H..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ مِنْ أُمَّتِي الْجَنَّةَ سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ قَالَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ ثُمَّ قَامَ آخَرُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ قَالَ سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Akan masuk ke Syurga dari kalangan umatku seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab.”

Lalu seorang lelaki (‘Ukasyah) berkata, “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah supaya aku tergolong dari kalangan mereka”.

Baginda pun berdoa: “Ya Allah, masukkanlahnya ke dalam golongan mereka itu.” Kemudian seorang dari golongan Anshar berdiri dan juga berkata, “Wahai Rasulullah doakanlah kepada Allah supaya aku tergolong dari kalangan mereka”.

Baginda bersabda: “‘Ukasyah telah mendahului kamu”

-HR Muslim-

12 Ramadhan 1436

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

..Nabi s.a.w bersabda: “Bersahurlah kalian, maka sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan.” -HR Bukhari & Muslim

11 Ramadhan 1436

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ.

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Manusia itu sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa (ketika masuk waktu berbuka)”

-HR Bukhari & Muslim-

10 Ramadhan 1436

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا.

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (apabila berbuka), dia mendapat seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa berkurangnya pahala orang yang berpuasa sedikitpun”

Abu ‘Isa berkata; “Ini merupakan hadits hasan shahih.”

-HR Tarmizi-

9 Ramadhan 1436 (2)

Hadis Nabi ;

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh musim luruh.(70 tahun)”

-HR Muslim-

9 Ramadhan 1436

Hadis Nabi ;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda: “Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum”.

(HR Bukhari)

7 Ramadhan 1436

Hadis RasulluLlah..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang menipu (dusta/tidak benar) dan membuat penipuan, Maka Allah tidak lagi berhajat akan beliau meninggalkan makan dan minumnya” (Menurut Al-Baidhowi, puasanya tidak diganjari pahala kerana dicampuri dengan perbuatan menipu)

-HR Bukhari-

7 Ramadhan 1436

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِين ))ُ

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan “.

(HR Muslim)

5 Ramadhan 1436

Sabda Rasulullah s.a.w

“إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ”

“Sesungguhnya di dalam Syurga ada satu pintu yang disebut dengan “Ar-Rayyan”, orang-orang yang berpuasa akan masuk ke syurga melalui pintu tersebut pada hari kiamat. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melalui pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; dimanakah orang-orang yang berpuasa? maka mereka bangun berdiri. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melalui pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada seorangpun yang masuk melalui pintu tersebut lagi”

(HR Bukhari)